‘Setahun je bertahan’ dah lah tak pernah dianggap menantu, mak mertua pula control duit suami

Photo of author

By Syima Iza

‘Setahun je bertahan’ dah lah tak pernah dianggap menantu, mak mertua pula control duit suami.

Ibu merupakan insan yang terpenting dan sangat berharga dalam hidup kita. Walaupun begitu, bagi anak-anak yang sudah berkahwin, kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kerana lantaran terlalu sibuk dengan ibu bapa sendiri sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak juga merupakan sesuatu yang dilarang agama.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok mendakwa perkahwinannya bersama suami hanya bertahan selama setahun sahaja kerana ‘campur tangan’ mentua.

'Setahun je bertahan' dah lah tak pernah dianggap menantu, mak mertua pula control duit suami

Mentua ‘pegang’ duit suami
Berdasarkan video pendek yang dikongsikan oleh Mama Muda, dia meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan nasib yang menimpa dirinya itu.

Menurut wanita ini, meskipun dia sudah berkahwin dengan suami tetapi ibu mentuanya dikatakan langsung tidak menganggapnya sebagai menantu.

Bercerita dengan lebih lanjut, dia memberitahu si suami juga tidak pernah sekalipun memberikan nafkah kepadanya sepanjang perkahwinan mereka selain tidak menghargainya sebagai isteri.

Apa yang tidak disangka-sangka mentuanya juga dipercayai telah ‘mengawal’ kewangan si suami sedangkan mereka tahu anak lelaki mereka itu sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab terhadap isteri.

Jelas wanita ini lagi, hubungan perkahwinannya hanya mampu bertahan selama setahun sahaja dan mereka kini dikatakan akan membawa haluan masing-masing.

Setahun je bertahan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini.

Mereka berharap semoga wanita ini diberikan kekuatan untuk menempuhi kehidupan mendatang. Tidak kurang juga ada dalam kalangan netizen turut berkongsi kisah sama yang pernah dilalui mereka.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu kenapa tayar kereta ada titik bulat warna merah, bukan saja-saja cop
Ini sebab kenapa makin ramai anak muda sekarang buka akaun darside untuk melacur
9 perkara buat isteri nusyuz, ini maksud nusyuz yang para isteri perlu tahu!