Serangga merayap keluar dari kulit badan, lelaki ini dakwa terkena perbuatan sihir

Serangga merayap keluar dari kulit badan, lelaki ini dakwa terkena perbuatan sihir

Seorang lelaki di wilayah Udon Thani mendakwa bahawa dia terkena perbuatan sihir sehingga menyebabkan banyak serangga keluar daripada kulit badannya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Lelaki berusia 43 tahun yang hanya dikenali sebagai Ad itu berkata, sepanjang tempoh dua bulan lalu, dia hidup menderita kerana serangga merayap keluar daripada kulitnya. Dia percaya kejadian aneh itu berpunca daripada ilmu sihir.

Masalah itu menyebabkan dia tidak dapat bekerja atau melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Serangga merayap keluar dari kulit badan, lelaki ini dakwa terkena perbuatan sihir

Selepas berita mengenainya tular, sekumpulan wartawan pergi ke rumah Ad untuk mendengar ceritanya dan melihat sendiri keadaan lelaki itu.

Menurut Ad, dia pada awalnya menggunakan limau purut untuk mengusir serangga itu, namun tidak berkesan.

Katanya, pelbagai jenis serangga daripada kutu hinggalah kepada pepijat penghisap darah terus keluar dari dalam kulitnya.

Wartawan kemudian ditunjukkan bagaimana Ad mengekstrak serangga daripada kulitnya menggunakan ubat topikal dalam prosedur yang menyerlahkan keadaannya yang teruk.

Sementara itu, bapa saudara Ad, Kamphiw, membuat spekulasi bahawa masalah anak saudaranya itu mungkin berkaitan isu psikologi berpunca daripada tekanan akibat masalah keluarga dan pekerjaan.

Menurut Kamphiw, Ad sebelum ini merupakan seorang pekerja rajin yang terlibat dalam sektor pembinaan dan pinjaman wang.

Namun, lelaki itu sangat terkesan sejak berpisah dengan isterinya dua tahun lalu. Ia menyebabkan Ad murung dan terjerumus ke dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ad bagaimanapun menafikan bahawa dia berhalusinasi, sebaliknya berkata, dia sudah lama tidak mengambil bahan terlarang itu.

Baca Juga:
‘Macam upacara membela’ – Lelaki kongsi amalan keluarganya yang pelik ketika pulang berhari raya
Lelaki selamba curi baju, seluar dalam wanita berjaya dirakam
Dr Akmal ‘bantai’ JAIM biarkan 34 murid sekolah agama belajar atas lantai
CATEGORIES