Seram! Misteri suara perempuan menyanyi di Villa jam 2 pagi cetus tanda-tanya. Selain bercuti bersama keluarga, percutian bersama sahabat juga amat menghiburkan kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama.
Tak sah kalau tidak over-night sampai subuh semata-mata untuk lepak dan berborak dengan kawan semasa di tempat penginapan.
Namun, siapa sangka saat yang boleh dikatakan indah itu mampu bertukar menjadi momen yang menyeramkan.
Hal ini susulan tular satu video di media sosial suara seorang wanita di speaker sebuah vila yang didengari oleh sekumpulan lelaki.
Dengar suara wanita ketika lepak bersama kawan-kawan lelaki pukul 2 pagi
Difahamkan, ketika kejadian sekumpulan lelaki itu sedang meluangkan waktu lepak bersama-sama pada pukul 2.00 pagi di Vila tersebut.
Lebih menyeramkan, di dalam vila tersebut hanya ada golongan lelaki dan tiada seorang pun wanita berada di situ ketika waktu kejadian
Suara misteri wanita terdengar di speaker
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @fendihamzah, jelas kedengaran suara seorang wanita sedang bernyanyi.
Berdasarkan penelitian, lagu yang didendangkan oleh suara misteri itu bertajuk ‘A Thousand Years’ nyanyian Christina Perri.
@fendihamzah SERAM MAT #jeram #selangor #villa ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Perkongsian video tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, malah ada yang mendakwa kemungkinan ada individu berhampiran kawasan vila tersebut telah tersilap ‘connect bluetooth’ kepada speaker.
Vila berhampiran tidak mempunyai penghuni pada waktu kejadian
Bagi membalas dakwaan itu, pemilik video telah memuat naik satu lagi video berasingan yang menunjukkan kawasan sekeliling dan menyatakan sebuah lagi vila berhampiran tidak mempunyai penghuni pada waktu kejadian.
@fendihamzah Replying to @NailiAzman ♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta
Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial serta mereka yakin suara yang didengari itu adalah milik seseorang wanita dan bukannya hantu.