Seorang terbunuh, 30 penumpang cedera pesawat Singapore Airlines dilanda ‘turbulance’ teruk

Photo of author

By Syima Iza

Seorang maut dan beberapa penumpang cedera selepas penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) dari London ke Singapura menghadapi gelora udara yang teruk dalam penerbangan, menurut syarikat penerbangan itu.

SIA berkata pesawat Boeing 777-300ER yang membawa sejumlah 211 penumpang dan 18 anak kapal telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada pukul 3.45 petang waktu tempatan pada hari Selasa.

“Singapore Airlines merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. Kami akan memberikan kemas kini berkala di akaun Facebook dan X kami,” katanya di Facebook.

Seorang terbunuh, 30 penumpang cedera pesawat Singapore Airlines dilanda 'turbulance' teruk

SIA berkata keutamaan mereka adalah untuk memberikan segala bantuan yang boleh kepada semua penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan dan menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang pertolongan tambahan yang diperlukan.

“Saya amat bersedih mendengar tentang insiden di atas penerbangan Singapore Airlines SQ321 dari London Heathrow ke Singapura,” kata Menteri Pengangkutan, Chee Hong Tat di laman Facebook beliau.

Chee berkata Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar Singapura, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura dan pegawai-pegawai Lapangan Terbang Changi serta petugas SIA sedang memberikan sokongan kepada penumpang yang terjejas dan keluarga mereka.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia,” katanya.

Baca Juga:
Lelaki lari ketakutan sampai terjun longkang selepas hentam kereta
Disangka mahu culik anak sendiri, wanita dibelasah orang ramai di tadika
‘Paratha disel’ – Penjaja tuang minyak diesel atas roti laku keras undang kecaman ramai