Senarai 5 tempat terbaik nak tengok bunga api paling meriah tahun baharu 2025 nanti.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut tahun baharu 2025. Sudah tentu ramai yang merancang untuk melihat pertunjukan bunga api bersama keluarga atau rakan-rakan, bukan?
Kali ini, kami senaraikan lima lokasi menarik untuk menikmati bunga api yang meriah dan cantik. Jadikan ia kenangan manis untuk permulaan tahun baharu anda! Jangan lupa rakam video dan ambil banyak gambar, ya!
1. The Exchange TRX, Kuala Lumpur
Pusat beli-belah berkonsepkan urban dan moden ini menjanjikan pertunjukan bunga api yang sangat meriah pada malam tahun baharu.
Sebagai hab sosial yang paling rancak di Kuala Lumpur selain KLCC, The Exchange TRX adalah pilihan menarik untuk tahun 2025. Apa kata anda cuba suasana berbeza dengan menikmati bunga api di sini?
2. Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur, bangunan ikonik Malaysia, sememangnya terkenal dengan suasana meriah setiap kali sambutan tahun baharu.
Percikan bunga api berwarna-warni yang menerangi langit di sekitar Menara Kuala Lumpur dan KLCC pasti menyerikan lagi pemandangan malam ibu kota.
3. I-City Shah Alam
I-City merupakan antara tarikan pelancong utama di Shah Alam, Selangor. Dengan pelbagai lokasi santai untuk seisi keluarga, tempat ini memang ideal untuk menikmati malam tahun baharu.
Sambil menghayati keindahan lampu warna-warni, pengalaman anda akan lebih bermakna dengan pertunjukan bunga api yang meriah di sekeliling I-City!
4. Dataran Merdeka
Seperti tahun-tahun sebelumnya, dataran ikonik ini menawarkan pertunjukan bunga api yang menakjubkan dengan latar belakang bangunan bersejarah.
Untuk mengelakkan kesesakan, sebaiknya anda datang lebih awal agar tidak perlu berebut dengan orang ramai.
5. Tasik Putrajaya
Jika anda pernah menaiki cruise di Tasik Putrajaya, pasti anda tahu betapa indahnya pemandangan waktu malam di sana.
Menikmati pertunjukan bunga api di Tasik Putrajaya pastinya memberikan pengalaman yang lebih meriah, ditambah pula dengan pemandangan Masjid Besi dan Jambatan Seri Wawasan yang menakjubkan. Memang terbaik!
Selamat menyambut tahun baharu 2025! 🎆