Senarai 5 selebriti Malaysia yang kahwin dengan berlainan agama, no 5 buat ramai tak sangka

Senarai 5 selebriti Malaysia yang kahwin dengan berlainan agama, no 5 buat ramai tak sangka

Baru-baru ini, gempar di Indonesia apabila dilaporkan Rizky Febian dan Mahalini dikatakan telah mengadakan sambutan perkahwinan mengikut adat istiadat masyarakat Bali pada Ahad yang lalu. Ini menarik perhatian kerana Rizky adalah seorang lelaki beragama Islam manakala Mahalini adalah seorang penganut agama Hindu.

Walaupun terdapat beberapa selebriti di Indonesia yang berbeza agama telah mendirikan rumah tangga, undang-undang di Indonesia tidak membenarkan perkahwinan pasangan yang berlainan agama.

Oleh kerana itu, beberapa artis yang ingin berkahwin tetapi tidak mahu memeluk agama yang sama dengan pasangan mereka telah memilih untuk berkahwin di luar negara. Jika anda ingin tahu siapa mereka, mari kita baca di bawah ini.

Senarai 5 selebriti Malaysia yang kahwin dengan berlainan agama, no 5 buat ramai tak sangka

1. Marcell Siahaan dan Rima Melati Adams

Senarai 5 selebriti Malaysia yang kahwin dengan berlainan agama, no 5 buat ramai tak sangka

Marcell Siahaan dan Rima Melati Adams pernah mencetuskan kontroversi apabila penyanyi Indonesia ini telah berkahwin dengan pelakon Singapura ini di Singapura walaupun kedua-dua dari mereka mempunyai perbezaan agama pada tahun 2009.

Namun begitu, selepas dibimbing oleh isterinya yang beragama Islam, Marcell yang sebelum ini menganut agama Buddha mengesahkan yang dia telah memeluk Islam pada tahun 2021 yang lalu.

Menurut Marcell, dia memilih untuk memeluk Islam kerana rasa selesa dan tenang dan turut merasakan bahawa ia dapat menjadikan dirinya sebagai sesuatu yang berguna kepada orang ramai.

2. Dimas Anggara dan Nadine Chandrawinata

Senarai 5 selebriti Malaysia yang kahwin dengan berlainan agama, no 5 buat ramai tak sangka

Pelakon Dimas Anggara yang merupakan seorang beragama Islam telah memilih untuk menikahi isterinya Nadine Chandrawinata, seorang model dan Puteri Indonesia 2005 di Bhutan, Nepal pada 5 Mei 2018.

Walaupun berbeza agama, iaitu Nadine merupakan seorang penganut Katolik, mereka berdua dilihat hidup dengan gembira sebagai pasangan suami isteri.

Malah, pasangan ini juga telah menyambut kelahiran anak pertama mereka pada tahun 2022 di mana Dimas yang mengatakan dia masih seorang Muslim telah mengazankan anak mereka sejurus selepas lahir dan bayi tersebut turut menjalani pembaptisan di sebuah gereja mengikut kepercayaan Nadine.

3. Rio Febrian dan Sabria Kono

Kerana mempunyai perbezaan agama iaitu Rio Febrian beragama Kristian manakala Sabria beragama Islam, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mereka di Bangkok, Thailand pada tahun 2010 yang lalu.

Suami isteri ini memilih untuk kekal dengan agama masing-masing dan bahagia dengan kehidupan mereka dan telah pun dikurniakan dengan dua cahaya mata.

4. Sarah Sechan dan Neil Furuno

Senarai 5 selebriti Malaysia yang kahwin dengan berlainan agama, no 5 buat ramai tak sangka

Pengacara Indonesia Sarah Sechan telah memilih untuk berkahwin dengan suaminya Neil Furuno yang merupakan penganut agama Kristian manakala dirinya sendiri merupakan seorang Muslim.

Pasangan ini telah bernikah pada Mac 2015 di Los Angeles dalam satu majlis kecil dan dikatakan keluarga Sarah juga tidak mempunyai apa-apa halangan dengan pilihan tersebut.

Sekarang, pasangan ini telah menetap di Singapura.

5. Anita Sarawak dan Broery Marantika

Senarai 5 selebriti Malaysia yang kahwin dengan berlainan agama, no 5 buat ramai tak sangka

Ketika di puncak populariti, penyanyi pop Indonesia, Broery Marantika telah bernikah dengan Anita Sarawak pada 1981 di Singapura.

Pernikahan mereka ini telah menjadi kontroversi ekoran Broery pada ketika itu merupakan seorang penganut agama Kristian. Namun begitu, segala kekecohan telah berkahir apabila Broery akhirnya memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri dan menukar namanya ke ‘Broery Abdullah’.

Namun begitu, pernikahan di antara Anita dan Broery tak kekal lama apabila mereka telah berpisah selepas bersama selama empat tahun.

Baca Juga:
Pelik tapi benar, kucing ‘terpos’ ke Amazon
Geng bertopeng agih ‘telur ayam free’ pula di Bukit Bintang
Pelajar kolej menggigil selepas mengaku rogol rakan berusia 13 tahun dalam surau
CATEGORIES