Senarai 16 masjid tidak sah solat jumaat

Photo of author

By Syima Iza

Senarai 16 masjid tidak sah solat jumaat.

Jemaah di 16 Masjid Diminta Ganti Solat Jumaat dengan Solat Zuhur Akibat Khatib Tertinggal Rukun Khutbah

Kariah di 16 buah masjid di daerah ini diminta menggantikan Solat Jumaat dengan Solat Zuhur selepas khatib didapati tertinggal satu rukun khutbah Solat Jumaat pada 8 November lalu.

Senarai 16 masjid tidak sah solat jumaat

Masjid yang terlibat adalah:

  • Masjid Kariah Pekan Pedas
  • Masjid Kariah Batu 17 Chembong
  • Masjid Kariah Astana Raja
  • Masjid Kariah Pulau Mampat
  • Masjid Kariah Titian Akar
  • Masjid Kariah Pedas Tengah
  • Masjid Kariah Durian Daun
  • Masjid Kariah Semerbok
  • Masjid Kariah Pilin
  • Masjid Kariah Legung Ulu
  • Masjid Kariah Nerasau
  • Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri
  • Masjid Kariah Kundur Hulu
  • Masjid Kariah Miku Lama
  • Masjid Kariah Sawah Raja
  • Masjid Kariah Senama

Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin, menjelaskan bahawa masalah ini timbul apabila khatib di 16 masjid tersebut menggunakan teks khutbah yang belum diperbetulkan.

“Khatib tidak membaca ‘اتقوا الله’ (Ittaqullah), sedangkan ia adalah rukun khutbah yang wajib dibaca dalam bahasa Arab. Setakat ini, isu ini tidak berlaku di daerah lain yang diketahui,” katanya.

Beliau menasihati jemaah yang terlibat untuk menggantikan Solat Jumaat mereka dengan Solat Zuhur sebagai langkah penyelesaian.

Sebelum ini, surat hebahan bertarikh 13 November tular di aplikasi WhatsApp, mendakwa khatib di masjid-masjid tersebut gagal membaca rukun khutbah dalam bahasa Arab ketika menyampaikan khutbah pada 8 November.

Baca Juga:
Jangan amalkan tabiat ini, mesin basuh akan cepat rosak
“Hati tiba-tiba rasa tak sedap, aku buka beg duit suami, terkejut ada 2 keping kad kahwin”
Bangunan pencakar langit berbentuk huruf ‘U’ terbalik bakal dibina