Senarai 10 website yang paling banyak dilayari rakyat Malaysia pada bulan Oktober

Photo of author

By Syima Iza

Senarai 10 website yang paling banyak dilayari rakyat Malaysia pada bulan Oktober.

Bangun sahaja daripada tidur, perkara pertama yang sering dicari oleh kebanyakan orang ialah telefon bimbit, bukan? Ini menunjukkan betapa pentingnya gajet dalam kehidupan seharian kita.

Gajet elektronik seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, dan peranti lain kini dianggap seperti “nyawa” oleh ramai individu, memandangkan dunia hari ini semakin bergantung kepada pendigitalan.

Senarai 10 website yang paling banyak dilayari rakyat Malaysia pada bulan Oktober

Kebergantungan terhadap peranti elektronik jelas kelihatan apabila banyak urusan harian seperti perbankan dan akses kepada perkhidmatan kerajaan kini lebih mudah dilakukan secara atas talian.

Dengan adanya pelbagai aplikasi dan laman sesawang dalam gajet ini, hampir semua perkara berada di hujung jari kita. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menatal skrin dan maklumat yang dicari akan dipaparkan serta-merta.

Kewujudan pelbagai aplikasi dan laman sesawang ini secara tidak langsung memudahkan urusan harian orang ramai.

Senarai Laman Sesawang Popular di Malaysia

Syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web, telah mengeluarkan senarai laman sesawang yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia untuk Oktober 2024.

Menurut data tersebut, Google.com kekal sebagai laman sesawang paling banyak dilayari oleh rakyat Malaysia, mendominasi kedudukan pertama. Tidak mengejutkan, kerana laman sesawang carian ini sememangnya menjadi pilihan utama pengguna.

Di tempat kedua ialah Youtube.com, platform penstriman video yang terus menjadi kegemaran ramai. Whatsapp.com, laman sesawang permesejan atas talian, mendaki satu tangga ke kedudukan ketiga berbanding bulan sebelumnya, diikuti oleh Facebook.com di tangga keempat.

Seterusnya, Shopee.com, platform e-dagang kegemaran rakyat Malaysia, berada di tangga kelima, diikuti oleh Instagram.com di kedudukan keenam.

Tiktok.com dan Wikipedia.org kekal di tangga ketujuh dan kelapan, seperti bulan sebelumnya. Menariknya, Chatgpt.com melonjak empat anak tangga dari kedudukan ke-13 ke tangga kesembilan, manakala X.com (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) melengkapkan senarai 10 laman sesawang paling banyak dilayari rakyat Malaysia.

Apa itu Laman Sesawang?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, laman sesawang atau laman web ialah dokumen elektronik yang dipaparkan pada skrin komputer. Ia biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, dan elemen-elemen lain.

Peranan laman sesawang kini sangat penting dalam kehidupan harian kita, sejajar dengan perkembangan teknologi dan digitalisasi.

Baca Juga:
Azzahra dedah ‘sisi gelap’ ketika jadi isteri Jay Iswazir buat ramai terkejut
Honda City mangsa ‘sambung bayar’ kini dilelong RM2,000, lagi murah daripada RXZ!
Yoga ini ‘ritual’ dari agama Hindu, muslim tak boleh sertai Yoga – Presiden MYSA