Senang nak transfer duit angpau, ibubapa sediakan QR code pada klip rambut anak

Photo of author

By Syima Iza

Senang nak transfer duit angpau, ibubapa sediakan QR code pada klip rambut anak.

Pemberian sampul angpau yang berisi wang tunai atau juga dipanggil lucky money kepada kanak-kanak ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina atau Tahun Baru Lunar memang antara aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat yang menyambut perayaan ini.

Siapa tak suka duit kan. Masa zaman kecil dulu pun, kita pun suka tunggu makcik-makcik bagi duit raya kepada kita ketika Aidil Fitri kan.

Senang nak transfer duit angpau, ibubapa sediakan QR code pada klip rambut anak

Namun, tahun ini, di Vietnam, ramai ibu bapa yang mula beralih kepada pemberian angpau yang lebih moden di mana ramai yang menempah khas klip rambut yang disertakan dengan kod QR untuk memudahkan sanak saudara mereka memberi duit angpau kepada anak-anak mereka.

Klip rambut tersebut bukan sahaja disertakan dengan kod QR akaun bank, malah ia juga turut direka dengan gambar comel anak-anak mereka.

Klip rambut itu kemudiannya akan dipakaikan pada rambut anak mereka ketika sambutan perayaan itu agar mudah untuk sesiapa yang mahu memberi anak mereka angpau.

Scan je, terus duit masuk dalam akaun bank.

Memetik laporan VN Express, harga setiap klip rambut tersebut adalah sekitar VND 80,000 setiap satu atau RM15.59 jika ditukar ke Ringgit Malaysia.

Difahamkan, trend klip rambut QR Code itu berasal dari negara China, namun ia mula menjadi perhatian masyarakat di Vietnam bermula tahun lalu.

Rata-rata warganet di Vietnam berpendapat bahawa pemberian duit angpau melalui kod QR seperti itu memudahkan mereka sebab mereka tak perlu lagi beli sampul angpau dan tukar duit di bank.

Namun, ada juga yang berpendapat pemberian wang angpau menerusi kod QR ini pula dikatakan akan menjejaskan tradisi sebenar angpau.

Baca Juga:
Pengantin menitis air mata bersanding sendirian, suami larikan diri kerana terlalu ‘pemalu’
Pelancong Malaysia kibar jalur gemilang di monumen Taj Mahal kena tegur, dibenarkan keluar selepas mohon maaf
Wanita diculik di Sentul angkara urus niaga dadah, nilai tebusan RM100,000