“Senang hidup duduk rumah kerajaan”- Sewa RM150 sebulan tapi tertunggak sampai RM34k

Photo of author

By Syima Iza

“Senang hidup duduk rumah kerajaan”- Sewa RM150 sebulan tapi tertunggak sampai RM34k.

Netizen berasa geram dengan tindakan segelintir penyewa di sebuah rumah kos rendah di Seremban yang gagal membayar sewa dalam tempoh yang lama.

Menurut perkongsian Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di laman TikTok, terdapat beberapa penyewa yang tidak melunaskan bayaran sewa, dengan salah seorang daripadanya mempunyai tunggakan mencecah RM34,000. Jumlah ini bersamaan lebih daripada 18 tahun tidak membayar sewa bulanan, yang sepatutnya hanya RM150 sebulan.

"Senang hidup duduk rumah kerajaan"- Sewa RM150 sebulan tapi tertunggak sampai RM34k

MBS Kenakan Tindakan Tegas

Akibat keengganan membayar sewa, MBS telah mengambil tindakan tegas dengan menanggalkan pintu rumah pangsa kos rendah di Lobak sebagai amaran kepada penyewa yang ingkar.

Semasa operasi dijalankan di Lobak, pihak MBS turut mendapati sebahagian penghuni bukan penyewa sebenar yang berdaftar dalam rekod MBS. Ini menimbulkan keraguan bahawa unit tersebut telah disewakan kepada orang lain secara tidak sah.

Dalam video yang dikongsi oleh MBS pada 27 Februari, seorang pegawai MBS telah menegur seorang penghuni mengenai tunggakan sewanya:

“Kita telah hantar notis dan juga amaran supaya puan bayar sewa yang tertunggak, tetapi sehingga hari ini anda masih gagal, cuai, dan enggan membayar.”

“Jadi, kami dari MBS di sini untuk mengambil tindakan selanjutnya dengan membuka pintu.”

“Walaubagaimanapun, kami dapati puan bukan penyewa sebenarnya. Macam mana puan boleh masuk rumah ini? Puan penceroboh, tau?”

Notis penamatan perjanjian penyewaan telah diberikan pada 31 Januari, dan tempoh akhir untuk mengosongkan rumah sepatutnya berakhir pada 26 Februari.

Pintu Ditanggalkan Sebagai Pengajaran

“Setelah tamat tempoh dan peluang yang diberikan, MBS mengambil tindakan menanggalkan semua pintu rumah yang terlibat sebagai pengajaran supaya mereka segera menjelaskan tunggakan,” jelas MBS.

Walaupun begitu, penyewa masih dibenarkan tinggal buat sementara waktu sehingga mereka dapat menyelesaikan tunggakan atau mencari tempat tinggal lain.

Bukan Kali Pertama MBS Bertindak

Ini bukan kali pertama MBS mengambil tindakan sedemikian. Pada Disember lalu, langkah yang sama telah diambil terhadap penyewa di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi.

MBS menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dijalankan terhadap penyewa yang ingkar dan menyeru agar mereka membayar sewa mengikut masa yang ditetapkan.

Baca Juga:
Peniaga bagi apam balik percuma dekat pelanggan wanita selepas berjaya tebuk ayat Al-Quran
Dewan Rakyat Indonesia kecoh isu Pertamina, nama Petronas Malaysia pula disebut
3 cerita legend ini berasal dari Malaysia bukan Indonesia