‘Sembah Syaitan’ – Ustaz Wadi mohon maaf kepada masyarakat India

Photo of author

By Syima Iza

‘Sembah Syaitan’ – Ustaz Wadi mohon maaf kepada masyarakat India. Penceramah bebas terkenal, Mohamad Wadi Annuar membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu susulan kenyataannya mengenai ‘sembah syaitan’ membabitkan perayaan Thaipusam baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas selesai menyampaikan kuliah dhuha di sebuah masjid pagi tadi yang disiarkan secara langsung atas talian di laman Facebooknya.

Kenyataan rasminya berhubung permohonan maaf itu juga kemudian dimuat naik di laman Facebook sama.

'Sembah Syaitan' - Ustaz Wadi mohon maaf kepada masyarakat India

Berdasarkan kenyataan itu, Mohamad Wadi memaklumkan kenyataan ‘sembah syaitan’ itu disebutnya satu ceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka pada 10 Februari lalu.

“Di dalam ceramah itu, saya telah menyebut tentang perarakan Thaipusam yang di dalamnya ada sekumpulan orang Melayu Islam yang menyertai perarakan tersebut.

'Sembah Syaitan' - Ustaz Wadi mohon maaf kepada masyarakat India

“Lalu saya menyatakan bahawa ajaran agama Islam tidak membenarkan orang Islam untuk menyertai perayaan yang berbentuk agama tersebut,” katanya dalam permohonan maaf berkenaan.

Menurutnya, dalam ceramahnya itu beliau menegur perbuatan umat Islam yang menyertai perarakan tersebut.

“Tetapi saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan ‘sembah syaitan’ dan ia adalah kesilapan dari mulut saya.

“Maka saya pada pagi ini memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan tersebut. Saya mohon maaf kepada semua penganut agama Hindu dan masyarakat India di Malaysia khususnya dengan seikhlas hati atas kekhilafan yang berlaku.

“Sesungguhnya saya tidak berniat untuk menghina agama lain dan saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan penganut agama lain,” katanya.

Mohamad Wadi berkata, beliau meminta maaf atas kekhilafan tersebut dan salah faham yang tercetus ekoran daripada ceramahnya berkenaan.

“Semoga dalam majlis ceramah dan majlis ilmu yang barakah ini Allah SWT memadamkan api fitnah tersebut..Amin dan Allah SWT mengekalkan kita semua dalam kehidupan yang tenang dan aman damai.

“Mana-mana yang ada muat naik potongan ceramah itu, diminta untuk memadamkannya kerana 8a boleh mengundang salah faham daripada penganut agama lain,” katanya.

Beliau berkata potongan video ceramahnya berdurasi kira-kira seminit mengenai perkara itu ada yang di muat naik di laman Facebook dan TikTok.

Baca Lagi:
Berbulan gaduh dengan suami, sekali aku cek phone dia, aku jumpa sesuatu tentang diri aku…
Rakaman tentera laut terjumpa kapal karam berisi penuh emas bernilai RM74 billion
Tetamu biadab makan penampar pengantin perempuan