Semalam Gua Musang, kini MP Jeli dari Bersatu pula nyata sokongan kepada Anwar

Semalam Gua Musang, kini MP Jeli dari Bersatu pula nyata sokongan kepada Anwar

Semalam Gua Musang, kini MP Jeli dari Bersatu pula nyata sokongan kepada Anwar.

Seorang lagi wakil rakyat daripada Bersatu mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik berkata, keputusan dibuat selepas meneliti, memperhalusi serta mempertimbangkan dengan sehabis baik tentang permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Semalam Gua Musang, kini MP Jeli dari Bersatu pula nyata sokongan kepada Anwar

“Mengenai kos sara hidup, himpitan mengenai keperluan asas yang perlu dipertingkatkan dan pembangunan yang mesti diteruskan di Parlimen Jeli, maka saya sebagai Ahli Parlimen Jeli dengan ini mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke 10 bermula dari tarikh kenyataan ini dikeluarkan.”

“Saya sedar rakyat mesti diutamakan dan pembangunan mesti diteruskan tanpa sebarang kompromi. Dalam alaf yang serba mencabar ini selaku Ahli Parlimen saya harus memberi khidmat yang terbaik buat rakyat dalam Parlimen Jeli.”

Namun Zahari berkata, beliau akan taat, setia dan kekal sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya bersedia berdepan dan menerima risiko dari tindakan disiplin parti demi mempastikan pengundi-pengundi dan rakyat dalam Parlimen Jeli tidak menjadi mangsa keadaan dan tidak ketinggalan menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan dari Kerajaan Pusat.”

Beliau juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar dan inisiatif Kerajaan Perpaduan dalam memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Sokongan saya ini berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya.”

Zahari turut menegaskan sokongan kepada Perdana Menteri dibuat tanpa paksaan, pengaruh dan tekanan daripada mana-mana pihak.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim turut mengisytiharkan sokongan sama.

Ia termasuk Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang turut menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri sebelum ini.

Baca Lagi:
Askar upahan terkenal dedah ‘rahsia’ Israel guna tentera upahan asing
Pakai simbol berkaitan perang Israel-Palestin di Singapura boleh dipenjara 6 bulan
Tular video pekerja restoran ‘Nasi Kandar’ buat kerja sambil pakai spender, netizen bengang tak tahu nama restoran dan lokasi
CATEGORIES