Seluar pendek paras punggung: Bapa bayar kompaun RM50

Photo of author

By Syima Iza

Seluar pendek paras punggung: Bapa bayar kompaun RM50.

“Saya sudah membayar kompaun yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) terhadap anak saya dan saya mohon isu ini tidak dipolitikkan.”

Demikian luahan See Yeap Seng, 51, iaitu bapa angkat kepada wanita bukan Islam berusia 35 tahun yang dikenakan kompaun Sabtu lalu disebabkan berpakaian tidak sopan dengan berseluar pendek.

Seluar pendek paras punggung: Bapa bayar kompaun RM50

Katanya yang menganggap isu berkenaan sudah selesai selepas dia tampil membayar kompaun yang dikenakan RM50 pagi tadi.

“Saya terima banyak panggilan berhubung isu ini termasuk daripada DAP yang menawarkan khidmat guaman, namun saya menolak kerana menganggap ramai pihak mengambil kesempatan memandangkan akan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Namun saya tidak mahu perbesarkan isu ini memandangkan saya sendiri sudah mendapat penjelasan dengan MPKB sendiri,” katanya ketika dihubungi.

“Saya tidak menganggap apa yang berlaku isu perkauman sebaliknya saya hanya mahukan pencerahan. Saya tinggal di Kelantan sejak sekian lama dan tidak pernah rasis.

Justeru, beliau berharap orang ramai tidak mempolitikkan isu yang berlaku hanya disebabkan musim PRN.

Baca Lagi:
Bila mertua peluk belai aku, mak terkejut. Dengan mak, aku sentuh je terus ditepis. Bila berduit, mak tiba-tiba rapat
Pemuda batal niat hiking bukit di Pulau Kapas selepas nampak kelibat wanita berpakaian putih, disangka bunian rupa-rupanya ini yang terjadi
Kenapa perlu pilih Perbankan Islam? Ini 9 kelebihan yang ramai tidak tahu