Selesai bayar hutang buat kali pertama, Dato Red dapat untung RM30,000 jual kopi dalam TikTok selama 2 minggu

Photo of author

By Syima Iza

Nampaknya, selepas lima tahun diisytiharkan muflis, usahawan Datuk Red membuat bayaran pertama sebanyak RM30,000 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia pagi tadi.

Memetik mStar Online, Datuk Red menyatakan bahawa jumlah wang tersebut diperolehi daripada keuntungan hasil penjualan produk kopi selama dua minggu.

Menurut Adnan, dia bertekad untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM5 juta, dan semua keuntungan tersebut akan digunakan untuk membayar hutang.

Selesai bayar hutang buat kali pertama, Dato Red dapat untung RM30,000 jual kopi dalam TikTok selama 2 minggu

“Jumlah tersebut merupakan keuntungan pertama saya dari penjualan kopi. Sekiranya mengikut kehendak hati, saya mungkin akan menggunakan separuh daripadanya untuk membayar hutang, tetapi atas tanggungjawab, saya perlu berkorban.

“Keuntungan ini adalah hasil penjualan dari 17 hingga 30 April yang lalu, dan saya berazam untuk tidak menggunakan sebarang bahagian daripadanya untuk kegunaan peribadi. Semuanya akan digunakan untuk menyelesaikan hutang,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red menyatakan bahawa dia tidak mahu menangguhkan pembayaran hutang kerana dia ingin hidup dengan tenang selepas ini.

“Sekiranya saya hanya membayar RM500 sebulan, ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk menyelesaikan hutang. Oleh itu, saya memperuntukkan untuk membayar antara RM30,000 hingga RM50,000 setiap bulan berdasarkan keuntungan jualan.

“Saya juga mempunyai sedikit modal untuk memulakan perniagaan baru. Saya akan menggunakan wang itu untuk perbelanjaan harian,” tambahnya.

Baca Juga:
Cinta sejati! Wanita jaga suami koma selama 10 tahun akhirnya ‘terbayar’
Budak motor tunda Avanza guna sebelah kaki raih perhatian netizen
Penyokong PN boleh pakai baju parti solat di masjid, penyokong PH disuruh terbalikkan baju jika nak solat