Selera makan makin bertambah, Faisal Halim mengidam nak makan nasi kandar

Selera makan makin bertambah, Faisal Halim mengidam nak makan nasi kandar

“Dah teringin nak makan nasi kandar…” Itu perkembangan terbaharu bintang bola sepak negara, Faisal Halim yang mengidam makanan tradisi Pulau Pinang yang juga sebenarnya negeri kelahirannya.

Jelas Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, pemain lincah Red Giants itu semakin menunjukkan perkembangan positif termasuk sudah mengambil diet biasa seperti nasi dan sebagainya.

“Saya pun hampir setiap hari ada ‘voice note’ dengan Faisal. Percakapannya semakin jelas, itu yang penting.

Selera makan makin bertambah, Faisal Halim mengidam nak makan nasi kandar

“Keduanya selera makan pun sudah bertambah. Saya difahamkan bukan saja ambil soft diet, tapi dah makan juga diet biasa.”Saya dengar pun sudah cuba nak teringin makan nasi kandar dan sebagainya, Alhamdulillah,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC.

Ujarnya lagi, Faisal bakal menjalani pembedahan keempat pada minggu hadapan babitkan proses homograft.

“Alhamdulillah hari ini Faisal dipindahkan dari ICU (Unit Rawatan Rapi) ke wad biasa, tetapi masih lagi tidak dibenarkan pelawat kerana keadaan masih lagi keadaan sensitif tapi Alhamdulillah Faisal stabil.

“Selepas ini pakar masih lagi monitor keadaan Faisal, InsyaAllah prosedur berikutnya saya difahamkan berlaku pada minggu depan, sama ada Isnin atau Selasa,” katanya.

Terdahulu, Faisal dimasukkan ke hospital selepas diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid ke badannya.

Baca Juga:
Reaksi bibik terkejut tengok bil elektrik melambung buat ramai terhibur, ‘macam dia pula yang kena bayar’
“Besarnya lampu study dia”- Video pelajar perempuan study bawah lampu jalan raih pujian orang ramai
‘Selamat hari ibu, maaf hanya mampu bawa mak pergi kedai Eco RM2’
CATEGORIES