Selepas tular wanita terjun kereta dakwa dilarikan pemandu e-hailing, rupanya ini kisah sebenar yang ramai tak tahu

Selepas tular wanita terjun kereta dakwa dilarikan pemandu e-hailing, rupanya ini kisah sebenar yang ramai tak tahu

Selepas tular wanita terjun kereta dakwa dilarikan pemandu e-hailing, rupanya ini kisah sebenar yang ramai tak tahu.

Polis mengesahkan pemandu e-hailing yang didakwa terbabit dalam kejadian seorang wanita terjun dari kereta di Glenmarie di sini, ialah orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan insiden itu hanyalah salah faham.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim siasatan pihaknya mendapati lelaki berusia 26 tahun itu berdaftar dengan syarikat e-hailing secara sah.

Selepas tular wanita terjun kereta dakwa dilarikan pemandu e-hailing, rupanya ini kisah sebenar yang ramai tak tahu

“Suspek bekerja sebagai pemandu e-hailing bermula pada 26 September dan pengadu adalah pelanggan ketiganya pada hari kejadian.

“Suspek juga menjelaskan tersalah jalan disebabkan masih baru dan cuba membuat pusingan U di Jalan Temasya, Glenmarie dan pada masa yang sama pengadu membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaannya.

“Dia kemudian meneruskan perjalanan kerana ada permintaan pelanggan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, berdasarkan laporan pengadu iaitu wanita berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pramusaji membuat tempahan e-hailing jam 9.30 pagi, 27 September lalu untuk mengambilnya dari LRT Glenmarie ke tempat kerja.

Menurutnya, semasa kejadian pengadu duduk di bahagian penumpang belakang dan bertanya kepada suspek untuk membuat pembayaran secara tunai tetapi tidak dijawab serta pengadu menyedari suspek sering melihatnya melalui cermin pandang belakang.

“Bimbang keselamatan, pengadu bertindak turun dari kereta semasa kenderaan bergerak perlahan.

Pengadu tidak alami kecederaan,” katanya.

Hasil siasatan dilakukan, katanya, kes diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana salah faham.

Tambahnya, pengadu juga menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini selepas mengetahui kejadian sebenar.

Media semalam melaporkan, seorang wanita berdepan detik cemas ‘dilarikan’ pemandu e-hailing.

Menceritakan kejadian, pengusaha katering, Ayuni Dean, 44, berkata kejadian berlaku pada Rabu lalu ketika pekerjanya dalam perjalanan ke tempat acara di Glenmarie, di sini.

Ayuni dilaporkan berkata, pekerjanya dipanggil Neera menghubunginya meminta bantuan selepas terjun dari kereta berkenaan dan berlari menyelamatkan diri.

Baca Lagi:
Pekerja katering terjun kereta minta tolong selepas dilarikan pemandu e-hailing
Saya okey je pakai Wira lama, yang awak pula rasa elegik dah kenapa? – Jasmin Hamid
Setelah tular anak kucing kena simbah cat, Persatuan haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 bantu kesan pelaku
CATEGORIES