Selepas tular motor kena sita, pempengaruh Aisar Khaledd buat ‘surprise’ beli motosikal baru buat rider Food Panda

Photo of author

By Syima Iza

Selepas tular motor kena sita, pempengaruh Aisar Khaledd buat ‘surprise’ beli motosikal baru buat rider Food Panda.

Penghantar makanan yang tular kerana berjalan kaki sejauh empat kilometer selepas motosikalnya disita pihak berkuasa mendapat perhatian pempengaruh, Aisar Khaledd yang tampil membantunya.

Menurut Aisar, dia terpanggil untuk membantu pemuda berkenaan dengan memberikan motosikal baharu bagi memudahkan lelaki tersebut meneruskan pekerjaan sebagai penghantar makanan.

Selepas tular motor kena sita, pempengaruh Aisar Khaledd buat 'surprise' beli motosikal baru buat rider Food Panda

“Kita beri kejutan motosikal kepada abang penghantar makanan yang motosikalnya disita pihak berkuasa.

“Terima kasih semua yang mendoakan. Demi Malaysia.

“Abang Foodpanda sudah terima motosikal baru daripada Aisar Khaledd. Rakyat bantu rakyat,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu.

@aisarkhaledd Suprise Motosikal Kepada Rider FoodPanda Yang Kehilangan Motosikalnya Kena Sita Oleh Pihak Berkuasa . 💔 #riderfoodpanda #motor #jpjmalaysia #sedekah #foryou #aklegacyteam #aisarkhaledd #epyepe ♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Baru-baru ini, tular video penghantar makanan yang berjalan kaki selepas motosikal miliknya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat dan tiada insurans.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sitaan dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

Baca Lagi:
Orang utan betina diperlaku seperti pelacur, dirantai di katil jadi hamba lelaki gila seks
Misteri penampakan cahaya di langit sebelum gempa bumi landa Maghribi jadi perbualan
Tahukah anda hanya 3 orang sahaja dalam dunia ini tak perlukan pasport untuk ‘travel’ ke luar negara