Selepas tular lagu Nur Nilam Sari ditukar kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’, M Nasir tampil bersuara

Selepas tular lagu Nur Nilam Sari ditukar kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’, M Nasir tampil bersuara

Selepas tular lagu Nur Nilam Sari ditukar kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’, M Nasir tampil bersuara.

Datuk M Nasir, 66, menyifatkan platform TikTok adalah pengaruh media sosial paling efektif sekali gus menjadi budaya golongan muda masa kini.

M Nasir ketika ditemui berkata, atas sebab itu beliau bersikap terbuka dan tidak mempunyai masalah apabila lirik asal lagu Nur Nilam Sari ciptaannya diubah pihak lain kepada lirik baharu hingga tular di platform itu.

Selepas tular lagu Nur Nilam Sari ditukar kepada 'Pinjam Seratus Nur Nilam Sari', M Nasir tampil bersuara

“Pada saya TikTok adalah platform paling berpengaruh dan menjadi budaya pada era ini. Tak tahulah bila ia (TikTok) akan basi (buat orang jemu).

“Malah, rasanya tidak ada yang negatif atau positif pun kerana memang ia popular sekarang ini. Cuma, bergantung kepada pengguna untuk manfaatkannya,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud ini berkata, sesuatu karya muzik yang sudah dihasilkannya juga adalah hak awam dan tiada sebab untuk dijadikan sebagai isu.

M Nasir berkata, beliau sebolehnya tidak mahu memanjangkan hal itu berikutan lagu pun sudah tular apabila Nur Nilam Sari ditukar kepada Pinjam Seratus Nur Nilam Sari di TikTok.

Katanya, platform TikTok adalah medium media sosial sensasi pada ketika ini yang menjadi perhatian seluruh masyakat di dunia.

Terdahulu, M Nasir hadir pada sidang media Gendang Pati Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di hotel di ibu kota hari ini.

Gendang Pati Live In Kuala Lumpur akan berlangsung di Dewan Planery Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 November depan.

Baca Lagi:
Lelaki temui beg berisi sejuta keping duit syiling ketika bersihkan rumah mertua
Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023
“Saya makan atau mengunyah selipar apabila stres” – Lelaki suka makan selipar selepas dibuli pelajar senior
CATEGORIES