Selepas tular 2 biji tomato dijual dengan harga RM9, peniaga kedai runcit akui tersilap kira

Selepas tular 2 biji tomato dijual dengan harga RM9, peniaga kedai runcit akui tersilap kira

Selepas tular 2 biji tomato dijual dengan harga RM9, peniaga kedai runcit akui tersilap kira. Pemilik kedai runcit yang tular didakwa menjual tomato dengan harga mahal mengakui membuat kesilapan ketika pengiraan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, pegawai Penguat kuasa telah pergi ke premis itu dan membuat pemeriksaan bagi memastikan kesahihan berita tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tanda harga ada dipamerkan pada sayur tersebut iaitu sekilogram RM10.

Selepas tular 2 biji tomato dijual dengan harga RM9, peniaga kedai runcit akui tersilap kira

“Bertanyakan berkaitan isu harga tomato tersebut, pemilik premis menyatakan berlaku kesilapan semasa pengiraan.

“Bagaimanapun baki wang tersebut telah dipulangkan semula kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Jelas beliau, pemeriksaan menyeluruh juga telah dibuat dan satu tindakan kompaun telah diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 berkaitan tanda harga.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang lelaki terkejut apabila perlu membayar RM9 untuk harga dua biji tomato seberat kira-kira 200 gram yang dibeli dari sebuah kedai runcit kampung di Bukit Pulau.

Rayaan Naufal Osman, 30, berkata, dia singgah di kedai itu kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk membeli cili kering dan tomato.

Peniaga itu kemudian memberitahu harganya RM9 membuatkan dia bertanya dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama dan terus membayarnya.

Baca Lagi:
Bekas Menteri Kewangan disiasat berhubung harta ratusan billion ringgit di luar negara
Lelaki bunuh skandal kekasih selepas rahsia hubungan sulit terbongkar
Lelaki nekad larikan seutas gelang tangan, tauke emas rugi RM17,000
CATEGORIES