Selepas terima surat jemputan debat, Syahir ikut jejak langkah Sanusi, tolak debat dengan Rafizi

Photo of author

By Syima Iza

Selepas terima surat jemputan debat, Syahir ikut jejak langkah Sanusi, tolak debat dengan Rafizi.

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengambil keputusan mengikut jejak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berhubung pelawaan debat daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Mohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas berkata, beliau sudah menerima emel daripada pejabat Menteri Ekonomi.

Selepas terima surat jemputan debat, Syahir ikut jejak langkah Sanusi, tolak debat dengan Rafizi

“Mengenai jemputan debat, saya sudah menerima emel daripada Pejabat Menteri Ekonomi dan saya juga sudah memberikan jawapan.

“Dalam tempoh ini, saya menurut jejak ‘senior’ saya iaitu YAB Sanusi,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Rafizi mencabar Mohd Syahir untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.

Cabaran itu diutarakan oleh Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak berdebat dengannya.

Baca Lagi:
Bekas jaguh skuasy negara, pernah duduki rangking ke-4 Asia kini bekerja sebagai tukang cuci
Nouhaila cipta sejarah pemain pertama pakai hijab dalam kejohanan Piala Dunia Wanita
Pengurus restoran nasi ganja kecewa difitnah ludah dalam masakan