Selepas tengok ibu Khairul Aming, ramai nak cuba nasib jadi menantu

Selepas tengok ibu Khairul Aming, ramai nak cuba nasib jadi menantu

Selepas tengok ibu Khairul Aming, ramai nak cuba nasib jadi menantu.

Usahawan muda, Khairul Aming yang terkenal dengan produk sambal hitam sekali lagi mencuri perhatian apabila memaparkan ibunya ketika sedang membeli barang kemas di sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi klip video rasmi kedai emas tersebut, Khairul dikatakan sedang memilih untuk membeli barang kemas di kedai tersebut telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya golongan wanita setelah menyaksikan ibu kandungnya.

Selepas tengok ibu Khairul Aming, ramai nak cuba nasib jadi menantu

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video berdurasi 24 saat itu mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada ibu Khairul Aming.

Ada juga golongan wanita yang ingin menjodohkan anak mereka sehingga ada yang meninggalkan komen supaya menunggu anak perempuan mereka dewasa.

“Ma (ibu Khairul) anak saya baru umur dua tahun ni, boleh tunggu ke?,” tanya Awani.
“Salam Ma, maaf baru balik masjid selawat 70,000 kali sebentar tadi, tak dapat nak teman ma pergi kedai emas,” tulis Sapikahdotkom.

Namun ada juga komen yang tidak senang dengan cara ‘merenyam’ kebanyakan golongan wanita terbabit dan menyifatkan golongan tersebut sebagai ‘gold digger’ (pisau cukur).

“Alah cuba kalau aku yang post video bersama mak aku, tak adanya yang nak meranyam macam ni, nampak sangat gila harta,” kata Khairul Bakri.

“Takut aku tengok komen-komen golongan ni, ada juga yang dah ada suami. Minta jauh dari perkara mungkar. Walaupun bergurau tapi ada juga yang bermaksud begitu,” tulis Aizal Akmal.

@kedaiemassriindah_ Hey, whats upp gaiss … tk dapat dendeng berapi pon tkpo lah , dapat tgok founder dendeng berapi mari walk in di kedai pon jjaddii 😍 thankyouu @Khairulaming beli emas buat ibu tersayang 💞😍 #kedaiemassriindah #emas916 #kotabharu #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – 𝕬𝖉𝖍𝖔𝖓

Baca Juga:
Dah buat ‘alignment’ tayar tapi masih makan dalam? Meh dengar mekanik ni sembang
‘Dendeng Nyet Berapi’ Khairul Aming terjual RM1.2 juta dalam masa tiga minit
Cara betul simpan tepung agar tahan lama dan tiada ulat datang bersarang
CATEGORIES