Selepas PM umum cagar Akaun KWSP, Ah Long mula buat kerja iklan di media sosial

Selepas PM umum cagar Akaun KWSP, Ah Long mula buat kerja iklan di media sosial

Selepas PM umum cagar Akaun KWSP, Ah Long mula buat kerja iklan di media sosial. Ah long dah lama fikir cagar akaun KWSP untuk peminjam, iklan berleluasa di media sosial sejak 2022. Sejak semalam, timbul pelbagai pendapat mengenai idea PMX ketika sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata pihaknya menyifatkan kaedah KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan jaminan cagaran bank, adalah yang terbaik.

Selepas PM umum cagar Akaun KWSP, Ah Long mula buat kerja iklan di media sosial

Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada yang mempunyai wang dalam KWSP.

Ah Long Dah Lama Fikir Cagar Akaun KWSP Untuk Peminjam

Dapat dilihat selepas kenyataaan dikeluarkannya itu, ada banyak pendapat dan rata-rata membantah. Ada penganalisis kewangan sifatnya, tindakan ini sebagai gali lubang dan tutup lubang.

Bahkan kumpulan gerakan mahu KWSP bersasar ini turut menyifatkan tindakan ini kurang bijak kerana rakyat mahu keluarkan wang mereka sendiri dan bukan membuat pinjaman baru.

Tapi sesuatu yang mengejutkan, pinjaman ah long dalam iklan-iklan di KWSP sudah lama menjadikan akaun KWSP sebagai cagaran dan idea ini sudah lama mereka laksanakan, iaitu pada tahun 2022. Jelas ah long lebih berfikiran ke depan untuk terus mengikat peminjam dan menjadikan wang dalam akaun KWSP mereka sebagai cagaran. Ini dapat dilihat pada iklan-iklan yang bertaburan di media sosial.

Iklan Berleluasa Di Media Sosial Sejak 2022

Memetik Berita Harian mengenai isu terkini pengeluaran KWSP ini, , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai cagaran untuk membuat pinjaman peribadi bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.

KWSP dalam kenyataan menyebut pihaknya ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenai kemudahan berkenaan.

“KWSP ambil maklum perkembangan ini dan akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

“Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang,” kata kenyataan itu.

Baca Lagi:
PU Syed terima ugutan bunuh kerana bantah konsert Blackpink
Muhyiddin akan dituduh lagi minggu depan – SPRM
Kronologi isu Projek Jana Wibawa
CATEGORIES