Selepas kena pecat Umno, Noh Omar mahu jadi penceramah bebas

Selepas kena pecat Umno, Noh Omar mahu jadi penceramah bebas

Selepas kena pecat Umno, Noh Omar mahu jadi penceramah bebas. Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang dipecat pada 28 Februari lalu terbuka menerima jemputan mana-mana parti termasuk bekas partinya sebagai penceramah bebas.

Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang menegaskan walaupun sedang berehat daripada politik, beliau akan hadir sebagai penceramah khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

“Sekarang ini saya tengah berehat, tetapi yang pasti saya jadi penceramah bebas.

Selepas kena pecat Umno, Noh Omar mahu jadi penceramah bebas

 

“Jika BERSATU nak jemput saya bagi ceramah masa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, saya akan bagi ceramah.
“Kalau PAS nak jemput pun saya akan datang. Kalau UMNO sudi nak jemput, jemputlah… tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Jasamu Dikenang di Pasir Penambang, di sini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat Noh apabila beliau mencabar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya memecat keahliannya selepas MKT memutuskan untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Baca Lagi:

Tak ubah seperti mayat sebenar! Gambar Adam Corrie sedang dikafankan buat netizen insaf

Duit terlampau banyak simpan dalam stor, warga emas terpaksa panggil jiran tolong kirakan

Polis kejar lelaki lari bogel di jalan raya

CATEGORIES