Selepas kena cekup dengan polis, lelaki dedah kenapa baling batu sampai pecah cermin pejabat Agung Pas

Photo of author

By Syima Iza

Selepas kena cekup dengan polis, lelaki dedah kenapa baling batu sampai pecah cermin pejabat Agung Pas.

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membaling batu sehingga menyebabkan dinding kaca Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di ibu negara, pecah pada awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek diberkas kira-kira jam 10 malam tadi di lorong Tiong Nam, Chow Kit.

Selepas kena cekup dengan polis, lelaki dedah kenapa baling batu sampai pecah cermin pejabat Agung Pas

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku membaling batu ke cermin hadapan bangunan pejabat Agung PAS disebabkan tidak suka kepada parti PAS yang mana sekejap bersama UMNO dan kemudianya tinggal UMNO pergi kepada Tun Mahathir” katanya kepada Buletin TV3.

Siasatan awal mendapati penganggur berusia 36 tahun itu memiliki 16 rekod jenayah lampau termasuk 9 kesalahan dadah.

Polis turut merampas sebuah motosikal, helmet, sehelai baju dan seluar pendek.

Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek hari ini (31 Julai).

Siasatan kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat.

PAS sebelum ini membuat laporan polis selepas dinding kaca di ibu pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon PRN di enam negeri.

Baca Lagi:
Pengurus restoran nasi ganja kecewa difitnah ludah dalam masakan
Macam patung barbie’ peminat terkejut Masya Masyitah tanggal tudung
Calon BN lawan Sanusi terkejut nama dipermainkan yang ditukar menjadi ‘Khinzir’