Selepas kecoh jual sate RM24.90, KPDN buat lawatan mengejut ke gerai Mark Adam

Photo of author

By Syima Iza

Selepas kecoh jual sate RM24.90, KPDN buat lawatan mengejut ke gerai Mark Adam.

Penyanyi dan selebriti Mark Adam menjadi buah mulut ramai baru-baru ini selepas menjual sate “premium” yang dikatakan netizen dijual pada harga agak mahal. Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Mark berkongsi tentang jenis sate yang ditawarkan serta harganya.

“Sate kita saiz 30, besar. Untuk ayam berharga RM19.90, sate daging RM21.90, dan sate kambing RM24.90. Sekali dengan air blue lemonade,” katanya.

Selepas kecoh jual sate RM24.90, KPDN buat lawatan mengejut ke gerai Mark Adam

Beliau turut menjelaskan bahawa daging yang digunakan untuk sate ini adalah daging premium. “Seperti yang saya kata sebelum ini, daging sate saya adalah daging premium. Kita ambil daging-daging ini daripada kilang terkemuka yang membekalkan daging ke restoran, hotel, dan kepada seorang chef selebriti terkenal,” tambahnya.

Lawatan Mengejut KPDN

Baru-baru ini, gerai sate Mark di sebuah festival makanan menerima kunjungan mengejut daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN). Lawatan tersebut, menurut Mark, adalah untuk menyiasat harga sate yang dijual.

“Saya tidak berada di sana ketika itu, tetapi saya dimaklumkan oleh salah seorang pekerja tentang kehadiran mereka (KPDN). Mereka datang untuk memeriksa harga. Saya tidak risau kerana bahan-bahan yang kami gunakan, seperti daging lembu dan kambing, adalah bahan premium dari New Zealand,” ujar Mark.

Beliau menambah bahawa segala penjelasan telah diberikan kepada pihak berkuasa, dan dirinya yakin tidak ada masalah yang timbul.

Perancangan Menu Lebih Murah

Mark Adam turut mendedahkan bahawa beliau kini sedang merancang untuk memperkenalkan menu sate yang lebih mampu milik bagi menarik lebih ramai pelanggan. Namun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai menu baharu yang sedang dirancang.

Dengan pelan ini, Mark berharap dapat memenuhi permintaan pelanggan yang ingin menikmati sate berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan.

Baca Juga:
Gadis Jepun puji naik tren di Malaysia lebih selamat, tidak ada ‘Bumbing man’
Ramai terkejut lihat senarai gaji dibayar kepada pemain kelab Korea
Lelaki mengaku ‘Model’ Brazil perdaya 700 wanita, ugut sebar video intim