
Selepas dipuji netizen punyai ‘ketiak’ cantik, putih dan bersih, Nabila Huda kongsi petua aneh
Selepas dipuji netizen punyai ‘ketiak’ cantik, putih dan bersih, Nabila Huda kongsi petua aneh.
Pelakon Nabila Huda baru-baru ini dipuji netizen kerana dikatakan memiliki ketiak yang putih. Semuanya dapat disaksikan menerusi lakonannya sebagai Nyai Sunarti dalam teater muzikal Lantai T. Pinkie.
Dalam pementasan tersebut, Nabila atau mesra disapa Abil, dikehendaki berkemban untuk memegang watak seorang wanita berketurunan Jawa.
Dari situ, ramai yang memuji ketiaknya cantik, putih dan bersih. Jadi, Abil memberitahu, petuanya adalah dengan membiarkan kucing menjilat ketiaknya.
Ada-ada sahaja petua aneh yang dikongsikan Abil. Menerusi sebuah video yang dimuat naik pelakon itu dalam TikTok, kelihatan seekor kucing peliharaannya sedang menjilat bahagian bawah lengannya (ketiak).
“Inilah rahsia ketiak saya putih,” kata Abil sambil menahan ketawa.
@abilsuhaimi Now you know my secret already..Persoalan ketiak ku lebih cerah dari masa depan anda, telah terjawap..🤣😜 #Fyp #Biarmukatakcantiktapiketiakputih ♬ original sound – Nabila Huda
Rata-rata pengikutnya teruja, malah percaya dengan petua yang dikongsikan oleh Abil.
“Pemutih semula jadi air liur ‘oyen’,” ujar seorang netizen.
“Nanti ramai nak bela kucing sebab nak ketiak putih,” kata seorang lagi netizen.
Alamak! Tak tahulah petua itu betul-betul berkesan atau Abil sekadar bergurau. Kalau betul Diva pun nak cuba juga.
Tapi Diva tak ada bela kucing pula. Kalau pinjam kucing jiran boleh tak?