Selepas dikritik beri telefon bimbit kepada anak yang masih bayi, Madammu tampil bidas kecaman netizen

Photo of author

By Syima Iza

Selepas dikritik beri telefon bimbit kepada anak yang masih bayi, Madammu tampil bidas kecaman netizen.

Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri yang gemar berkongsi aktiviti harian di media sosial.

Terbaru, netizen menegur tindakan usahawan ini memberikan anak bongsunya, Ahmad Kayden menonton kartun di telefon bimbit.

Selepas dikritik beri telefon bimbit kepada anak yang masih bayi, Madammu tampil bidas kecaman netizen

Netizen meluahkan rasa bimbang kerana Kayden baru je berusia 8 bulan. Mereka berpendapat Kayden masih terlalu bayi untuk didedahkan kepada gadget.

Gadjet ada kebaikan dan keburukan

Bagi Madammu pula, netizen tidak boleh pukul rata kerana gadget mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.
Jelasnya, ada banyak platform untuk tujuan pendidikan kepada kanak-kanak di telefon bimbit. Tambahan pula hidup pada zaman serba canggih kini, anak-anak sememangnya mudah terdedah kepada teknologi.

Madammu faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang main handphone ni banyak masalah.

Usahawan ini mengaku anak-anaknya belajar bercakap Bahasa Inggeris melalui video yang ditonton di telefon bimbit.

@zueraidah_noir Jawapan Madammu bila ada yang komen jangan bagi anak main handphonee… #fyp ♬ original sound – Zue Raidah Noir Leader

Apa yang penting katanya, ibu bapa harus tahu mengawal penggunaan telefom bimbit untuk tujuan pendidikan sahaja.

Rakaman video daripada sesi langsung ini ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan Madammu.

Baca Juga:
Guru cerita kisah sedih pernah dikurung ibu sakit mental sebelum pergi sekolah buat ramai sebak
Lelaki ubah suai Tesla Cybertuck jadi kedai kopi raih perhatian dunia
Ulat berenga jatuh atas penumpang, pesawat terpaksa berpatah balik