Selepas dicerai melalui rakaman video, ini respons Nora Ariffin buat ramai terkejut.
Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin tampil menjelaskan situasi sebenar perceraiannya dengan bekas suami, Dr. Rushdi Ramli.
Rushdi Tak Bersalah
Menurut Nora menerusi hantaran di Instagram Stories, Rushdi tidak bersalah dalam urusan perpisahan mereka, malah perceraian tersebut juga didakwa berlaku tanpa sebarang punca.
“Ustaz (suami) tak bersalah, dia hanya mengikut arahan yang diberikan kepadanya.
Iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti. Saya tergamam, tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” tulisnya.
Terdahulu, Nora telah diceraikan dengan talak satu oleh Rushdi menerusi rakaman video yang telah dimuat naik di Instagram.
Untuk makluman, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya.