ChatGPT
Usahawan sensasi Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red mengakui terpaksa menolak pelawaan segelintir individu yang menawarkan tempat tinggal buat dirinya ketika ini.
Datuk Red, 46, berkata penolakan tersebut dilakukan kerana lebih selesa tinggal di dalam keretanya ketika ini meskipun mampu untuk menyewa rumah atau bilik.
“Ramai yang mesej saya nak tumpangkan dan beri tempat tinggal tapi saya terpaksa tolak.
“Terima kasih banyak-banyak. Bukan tak mahu tetapi malas nak susahkan orang.
“Alhamdulillah saya berkemampuan untuk sewa rumah atau bilik cuma nak biasakan dan mengajar diri untuk selesa tinggal di dalam kereta,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Ujarnya, dia masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan sekarang iaitu sebagai duda selepas sah bercerai dengan kedua-dua bekas isterinya.
Dia juga meminta orang ramai tidak berasa simpati dengan kehidupannya ketika ini.
“Semua ini baru sahaja berlaku pada Selasa lalu, dan kini dalam proses membiasakan diri.
“Tiada masalah dan saya selesa tinggal dalam kereta. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik.
@putehhhx #abgred #datored #abgredadirasuhaimi #adirasuhaimidatukred ♬ Masa Laluku – Kangen Band
“Saya selesa begini, jangan risau dan tak usah risaukan saya. Terima kasih semua,” jelasnya.
Dalam video tersebut, kelihatan bahagian tempat duduk penumpang di bahagian belakang dipenuhi dengan kotak dan barang bisnes miliknya.
Sebelum ini, dia memberitahu sudah menyewa sebuah bilik yang juga boleh dijadikan ruang perniagaan tetapi kini dalam proses renovasi dan disebabkan itu terpaksa bermalam di dalam kereta.
Terdahulu, Datuk Red sah bercerai talak satu dengan bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hashim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 14 Mei lalu.
Sementara, pada bulan lalu, ikatan perkahwinannya dengan penyanyi, Adira Suhaimi juga terlerai apabila bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.