Selepas aksi langkah kubur dikecam teruk, Kek Nan tampil beri penjelasan

Selepas aksi langkah kubur dikecam teruk, Kek Nan tampil beri penjelasan

Baru-baru ini, gempar di aplikasi TikTok mengenai tindakan berani seorang wanita yang melangkah kubur berkali-kali sehingga diselar warganet.

Tindakan mereka bukan sahaja digelar tidak beradab, para pengguna TikTok juga melabel mereka sebagai kurang ajar dan tidak menghormati si mati.

Bagaimanapun, seorang wanita telah tampil memberi penjelasan mengenai video berkenaan dalam sebuah video TikTok.

Selepas aksi langkah kubur dikecam teruk, Kek Nan tampil beri penjelasan

Menurut @keknanjudge atau lebih mesra disapa sebagai Kek Nan, video tersebut adalah untuk tujuan pemasaran semata-mata bagi sebuah filem pendek yang sedang dalam pembikinan ketika ini.

Tambah Kek Nan, kubur tersebut adalah kubur palsu yang dibina sebagai prop untuk filem pendeknya yang bergenre seram.

Kek Nan menjelaskan perbuatan langkah kubur hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya ingin buat penjelasan mengenai video saya yang baru tular tentang saya dan rakan saya langkah kubur.

“Pertama sekali, kubur itu kubur palsu. Kenapa palsu? Sebab sebenarnya kita sedang penggambaran di mana jalan ceritanya adalah mengenai dua orang kawan yang tidak percaya syaitan dan cuba untuk ‘bangkitkan’ jin.

“Minta maaf saya tidak boleh hendak dedahkan nama produksi mana yang terlibat. Cuma saya tahu ini tanggungjawab saya sendiri, saya post untuk tujuan pemasaran supaya orang akan tengok filem pendek kita,” jelasnya.

@keknanjudge penjelasan saya tentang langkah kubur #keknanjudge #keknantakrilek #langkahkubur ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Kek Nan menjelaskan, ini bukanlah kali pertama dia membuat filem bergenre seram kerana dia sudah banyak kali membuat video pendek untuk dimuat naik ke laman YouTube.

“Jadi untuk filem pendek ini, kita buat kubur baru, dalam itu tidak ada orang. Tanah itu pun tanah lapang dan kita korek tanah, letak papan sebagai batu nisan supaya nampak macam kubur. Ini hanyalah untuk penggambaran semata-mata,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Kek Nan turut memohon maaf atas postingnya sebelum ini yang mungkin telah mengundang salah faham pelbagai pihak terhadap staf-stafnya.

“Benar, benda yang saya post itu mengundang fitnah, orang fikir kubur siapa pula yang dilangkah itu. Jangan risau, tidak ada orang pun dalam kubur itu. Kami masih tahu adab, tidaklah sampai hendak langkah kubur yang bertuan.

“Kepada masyarakat di sekitar tanah perkuburan yang kami penggambaran itu, saya juga ingin minta maaf sebab kami tidak ada niat untuk bersifat kurang ajar di tanah perkuburan tersebut. Cuma, kami jamin kubur itu hanyalah buatan semata-mata dan bukannya kubur manusia,” jelasnya.

Baca Juga:
Murid darjah 5 masuk hospital akibat didenda berjemur lebih 2 jam ditengah padang
Pelajar madrasah ‘diseterika’ seluruh badan kerana enggan salam dengan senior
“Orang buat persiapan, kau sibuk buat ‘live’” – Ogy kecewa sikap 2 influencer yang biadap
CATEGORIES