‘Selepas 8 hari, baru tahu tunang sudah tiada’ – Mak video call dengan tunang adik sedang rekrut di PD

Photo of author

By Syima Iza

‘Selepas 8 hari, baru tahu tunang sudah tiada’ – Mak video call dengan tunang adik sedang rekrut di PD.

Selepas lapan hari kematian Allahyarham Munirah Mohamad, tunangnya akhirnya telah dimaklumkan mengenai pemergiannya menerusi panggilan video bersama ibu wanita tersebut.

Maghribi Ghazali, 24, yang sedang mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson, Negeri Sembilan telah dikhabarkan mengenai kematian Allahyarham Munirah yang maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang lori rosak.

'Selepas 8 hari, baru tahu tunang sudah tiada’ - Mak video call dengan tunang adik sedang rekrut di PD

Dalam video yang dimuat naik kakak Munirah di TikTok, Maghribi menangis sewaktu berita itu disampaikan kepadanya. “Mak ‘video call’ dengan tunang adik yang sedang rekrut di Port Dickson.

“Akhirnya selepas lapan hari adik meninggalkan kami, barulah tunang tahu berita yang sangat berat ini.
“Al-Fatihah untuk adikku sayang dan semoga Ibiey (Maghribi) pun kuat menempuh hidup tanpa Munirah. Insya-Allah adik Munirah dah tenang di sana,” katanya pada hantaran video tersebut hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, Munirah, 24, maut dalam kejadian di Kilometer 118.5, Lebuh Raya Utara Selatan, Kepala Batas, Pulau Pinang pada pukul 9.40 malam, 22 Disember lalu.

Mangsa dikatakan sempat meminta pengguna jalan raya di situ menghubungi bapanya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Hari ini akhbar Kosmo! melaporkan, Faridah, 23, iaitu adik Maghribi hanya mengharapkan kekuatan ketika bercadang untuk memaklumkan kepada abangnya mengenai kematian Munirah baru-baru ini.

Faridah dipetik berkata, dia bercadang memaklumkan kejadian itu hari ini, malah dia tidak dapat membayangkan reaksi dan perasaan abangnya.

Baca Juga:
2 hari lambai minta tolong, remaja jatuh jambatan Pulau Pinang kerana tertekan dua kali gagal ujian memandu
2 hari bertarung nyawa, lelaki bantu pengantin baharu kemalangan meninggal dunia
“Dengar jeritan minta tolong, kemudian tiba-tiba senyap” – Detik-detik terakhir suami isteri dibunuh anak kandung sendiri