Selepas 20 tahun, British Airways benarkan Kru Kabin bertudung

Photo of author

By Syima Iza

Selepas 20 tahun, British Airways benarkan Kru Kabin bertudung. Buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, British Airways kini memperkenalkan pakaian seragam baharu untuk anak kapal.

Turut dalam senarai pakaian seragam baharu itu adalah pilihan tunik dan tudung untuk kru kabin wanita sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’.

British Airways turut memperkenalkan pilihan memakai suit kepada kru lelaki, manakala kru wanita kini boleh memakai gaun, skirt, atau seluar bukan sekadar jumpsuit.

Selepas 20 tahun, British Airways benarkan Kru Kabin bertudung

Pengenalan pakaian seragam baharu ini adalah hasil projek selama lima tahun oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng yang sebelum ini ditangguhkan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19. Mereka akan mula memakai seragam baharu ini menjelang musim panas ini.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle, berkata seragam baharu mereka mewakili jenama ikonik penerbangan itu yang akan membawa ke masa hadapan.

Selepas 20 tahun, British Airways benarkan Kru Kabin bertudung

Dapat dilihat corak gelombang udara pada jaket, kemeja-T, butang dan tali leher pada seragam baharu mereka, diilhamkan oleh pergerakan udara atas sayap pesawat.

Perkongsian seragam baharu kru British Airways ini turut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mempunyai komen serta pendapat mereka tersendiri.

Is this some kind of collab with Burger King? Looks like they should be smashing Double Whopper with cheese out of the back galley!

Baca Lagi:
Wanita ini dakwa dapat ‘lampu hijau’ dari Puteri Sarah jadi isteri ketiga Syamsul
Saya akan sokong Anwar jika terpilih sebagai Presiden Umno – KJ
Aktivis LGBT dibunuh kejam, mayat dikerat dan biji mata dikorek keluar