Selamba letak beg atas kerusi sehingga orang lain tak boleh duduk, wanita ini ditegur Rapid KL.
Tidak dinafikan, menggunakan perkhidmatan awam adalah lebih mudah dan menjimatkan masa. Malah, di Malaysia kini perkhidmatan seperti LRT dan MRT telah diperluaskan ke lebih banyak destinasi.
Namun, sebagai pengguna, kita perlu mempunyai sifat bertolak-ansur dan tidak mementingkan diri sendiri ketika berada di dalam perkhidmatan awam. Salah satunya adalah dengan tidak meletakkan beg di atas tempat duduk.
Baru-baru ini, jenama perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL telah menegur pengguna agar lebih bertoleransi ketika menaiki kenderaan tersebut.
Selamba Letak Beg Atas Kerusi Sehingga Orang Lain Tak Boleh Duduk
Menerusi laman X Rapid KL, syarikat tersebut telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan seorang pengguna yang meletakkan beg di atas kerusi di zon keutamaan.
“Beg anda mungkin suka tempat duduk itu, tetapi jangan lupa mungkin ada orang yang lebih memerlukannya. Mari bertimbang rasa apabila menggunakan pengangkutan awam, okay?” tulis admin akaun tersebut.
Your bag must love the seat, but don’t forget —there might be someone around who needs it more. Let’s be considerate when using public transport okay? 🥹#RapidKL pic.twitter.com/7ivIUHSkz2
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 18, 2024
Malah, posting tersebut telah mendapat perhatian netizen yang turut mengecam tindakan wanita terbabit, dan ada yang berkongsi pengalaman yang sama.
Naik pengangkutan awam ni janganlah pentingkan diri sendiri je okay 😉