Selamat pengantin baru buat Ultraman Taro!

Photo of author

By Syima Iza

Setiap pasangan yang ingin mendirikan mahligai bahagia pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah serta mahu tampil dalam busana segak dan bergaya.

Justeru, pelbagai tema dan pakaian pengantin dijual di pasaran, terpulang kepada pasangan raja sehari untuk memilih mana yang berkenan di hati selain menepati bajet yang telah ditetapkan mereka.

Berbeza dengan pemuda lain, Mohamad Zulhafizie Senin memilih untuk bersanding dengan mengenakan sut Ultraman Taro di hari persandingannya pada Sabtu lalu. Video hari bahagia pemuda berusia 26 tahun ini tular selepas dikongsi seorang rakan di TikTok.

Selamat pengantin baru buat Ultraman Taro!

Difahamkan sut itu berharga RM2,000 dan ditempah dari Indonesia khusus untuk dipakai ketika majlis persandingannya.

Lebih menarik, dikatakan isteri Mohamad Zulhafizie, Nur Qayyimah Ahmad Rosli, 29, dan juga keluarga tidak menghalangnya untuk memakai sut karakter adiwira kegemarannya.

Baca Juga:
Pemuda kongsi pengalaman ‘berumah’ di dalam kereta Proton Iriz miliknya
Chef Wan disiasat polis selepas kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam
Faisal Halim jalani proses pemulihan di lokasi rahsia