Sekumpulan wanita Malaysia parking kereta secara ‘double park’ undang kemarahan rakyat Jepun

Photo of author

By Syima Iza

Berikutan insiden ‘double park’ tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam untuk menyelesaikan isu tersebut.

Umum mengetahui bahawa apabila melancong ke sesuatu negara, pengunjung hendaklah mengetahui dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh negara tersebut.

Ini kerana, tidak semua negara mempunyai peraturan yang sama. Malah, ada beberapa perkara yang dibenarkan di negara asal tetapi menjadi kesalahan undang-undang di negara lain.

Sekumpulan wanita Malaysia parking kereta secara 'double park' undang kemarahan rakyat Jepun

Baru-baru ini, Malaysia menjadi tumpuan di Jepun selepas sekumpulan wanita memarkir kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan kebingungan di kalangan penduduk tempatan.

Menurut gambar-gambar yang tersebar di kalangan netizen Jepun, kumpulan wanita Malaysia yang menyewa kenderaan berwarna putih itu telah memarkirkannya secara ‘double park’ di tempat yang tidak sesuai, iaitu di antara dua kereta yang sepatutnya bukan tempat letak kereta.

Kejadian ini berlaku di kawasan tempat letak kereta berbayar di mana setiap kenderaan sepatutnya mempunyai tempat letaknya sendiri.

Seorang lelaki yang merupakan penduduk di wilayah Aichi awalnya menganggap bahawa ini adalah satu pelanggaran kerana kelihatan seperti berlaku kemalangan. Namun, apabila dia melihatnya semula, dia menyedari bahawa tidak ada kemalangan yang berlaku kerana tiada kerosakan pada keretanya.

Bagaimanapun, pemandu wanita dari Malaysia tersebut terus meminta lelaki tersebut untuk mengundurkan kenderaan beliau ke belakang kerana masih ada ruang kosong di tempat letak kereta tersebut. Mereka juga meminta kunci kenderaan lelaki tersebut untuk membantu mereka mengundurkan kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut enggan melakukannya kerana bimbang tindakan tersebut akan merosakkan keretanya. Akhirnya, mereka terpaksa memanggil kontraktor untuk menyelesaikan isu tersebut, dan selepas tiga jam, kereta tersebut berjaya dikeluarkan dari situasi yang sukar.

Kisah mengenai kereta yang disewa oleh sekumpulan wanita itu turut menjadi viral di laman media sosial yang dikongsikan oleh seorang rakyat Malaysia yang fasih berbahasa Jepun.

Baca Juga:
Cinta sejati! Wanita jaga suami koma selama 10 tahun akhirnya ‘terbayar’
Tular video budak 6 tahun lincah main badminton, netizen siap puji cara letak bola net ada kelas!
Raja Muda Selangor akan membiayai penuh kos perubatan Faisal