Sekumpulan wanita buat tarian tradisional Melayu di negara China undang perhatian ramai rakyat China

Photo of author

By Syima Iza

Sekumpulan wanita buat tarian tradisional Melayu di negara China undang perhatian ramai rakyat China.

Salah satu keunikan Malaysia yang sering menjadi kebanggaan ialah kepelbagaian budaya dan tradisi yang datang daripada masyarakat berbilang kaum.

Keharmonian hidup antara kaum Melayu, Cina, India serta masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak bukan sahaja mencipta identiti yang unik, tetapi turut memperkaya seni budaya negara kita.

Sekumpulan wanita buat tarian tradisional Melayu di negara China undang perhatian ramai rakyat China

Tradisi seperti tarian, nyanyian, dan pakaian tradisional menjadi simbol kebanggaan yang terus diwarisi hingga ke hari ini.

Bagi rakyat Malaysia, menyaksikan persembahan tarian tradisional mungkin sudah menjadi perkara biasa. Sama ada di majlis perkahwinan, acara kebudayaan, atau festival, tarian seperti Zapin, Joget, Bharatanatyam, dan tarian naga adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita.

Namun, bagaimana pula reaksi orang luar, terutamanya masyarakat dari negara lain, apabila melihat keunikan tarian tradisional Malaysia?

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tarian tradisional Melayu dipersembahkan di bandar Haikou, Hainan, China.

@aikkah00 orang china sangat suka 😍 sampai cakap 馬來西亞很棒👍🏻 dorang sgt sporting & ramah ❤️ #hainanchina🇨🇳 #海丝一家亲tiktok短视频大赛 #aikkah #fyp @Coconut_1 ♬ Dikir Puteri – Noraniza Idris

Reaksi rakyat China terhadap persembahan ini nyata mencuri perhatian ramai.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pempengaruh muda Malaysia, Aikkah (@aikkah00), menerusi platform TikTok.

Menurutnya, dia bersama kumpulannya berada di bandar Haikou, Hainan, sebagai wakil Majlis Selebriti ASEAN TikTok. Program ini bertujuan mempromosikan budaya dan tradisi negara-negara ASEAN di peringkat antarabangsa.

Dalam video yang dimuat naik, kumpulan anak muda ini mempersembahkan tarian Melayu yang diiringi lagu klasik.

“Tiba-tiba ramai backup dancer”

Pada awalnya, persembahan ini hanya disaksikan oleh beberapa orang penduduk tempatan yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

Namun, suasana berubah apabila semakin ramai rakyat China mula berkumpul untuk menyaksikan keunikan tarian ini.

Pada mulanya, mereka kelihatan terpinga-pinga kerana ini mungkin kali pertama mereka melihat tarian Melayu. Namun, apabila muzik dimainkan, minat dan rasa kagum mula terpancar.

Ada yang tersenyum, ada juga yang merakam persembahan tersebut menggunakan telefon pintar. Malah, ada dalam kalangan mereka yang berani menyertai tarian itu walaupun tidak mengetahui langkah-langkahnya.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan kegembiraan pada wajah masyarakat China, dan mereka turut memuji keunikan tarian yang jarang mereka saksikan.

Sokongan rakyat Malaysia

Di ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia memuji usaha pempengaruh muda ini dalam mempromosikan budaya negara.

Mereka meluahkan rasa bangga dan terharu kerana tarian tradisional Melayu kini mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Antara komen yang ditinggalkan:

  • “Bangga betul dengan anak muda sekarang. Bawa tradisi kita ke serata dunia.”
  • “Saya tumpang terharu awak bawa tradisi Melayu ke sana.”
  • “Perlakuan beginilah yang sepatutnya dicontohi.”
  • “Orang China memang suka bab ini, ala-ala zumba sebab bagi mereka ini aktiviti sihat.”

Baca Juga:

Khalwat berulang, tukang rumah jadi individu pertama di Terengganu disebat di khayalak ramai
Jenazah mualaf ditahan 24 jam kerana suami tak mampu bayar RM1900?
Bukti kukuh main ‘Game’ bukan perkara sia-sia, rupanya boleh bawa banyak untung yang orang tak tahu