Sekumpulan individu berpakaian putih ‘Zikir’ di tanah perkuburan timbul tanda tanya.
Sekumpulan individu yang didakwa terlibat dalam aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, di sini, menjadi tular di media sosial pada Sabtu.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rizuwan Rosly telah memuat naik beberapa video di laman Facebooknya mengenai aktiviti tersebut, sambil meluahkan kebimbangannya.
Rizuwan Rosly memaklumkan bahawa pada mulanya dia menyangka sekumpulan individu yang memakai pakaian serba putih itu sedang berzikir di salah satu kubur di tanah perkuburan berkenaan.
Namun, lama-kelamaan, dia mengakui bahawa situasi itu agak pelik dan mendakwa kumpulan terbabit kelihatan seolah-olah sedang menjalankan ritual pemujaan.
“Aku ingatkan zikir. Tapi lama-kelamaan dengar macam memujalah pula. Ini kubur dekat Danau Kota,” catatnya di laman Facebook pada Sabtu.
Perkongsian Rizuwan Rosly itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, termasuk ada pihak yang berkongsi beberapa video yang dimuat naiknya ke laman X.
Sementara itu, di ruangan komen, Rizuwan Rosly turut memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan mengenai kejadian itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam untuk menjalankan siasatan.
“Laporan telah dibuat. Akan dibawa ke Jabatan (Agama) Islam, biar pihak berkenaan buat kerja. Biar Jabatan Agama Islam yang tentukan hukum hakamnya,” maklumnya.
Bagaimanapun, sehingga Sabtu malam, tiada sebarang kenyataan atau penjelasan dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama, termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, mengenai video yang tular di media sosial itu.
Mula-mula ingatkan zikir. Tapi lama-lama dengar macam memuja lah pulak. Ni kubur dekat Danau Kota 😅 pic.twitter.com/tsUWgwcCxB
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) December 28, 2024