Sekali seumur hidup, kejadian ‘meteor biru’ menerangi langit mengemparkan penduduk Sepanyol, Portugal

Sekali seumur hidup, kejadian ‘meteor biru’ menerangi langit mengemparkan penduduk Sepanyol, Portugal

Satu rakaman video menunjukkan sebuah komet bergerak pada kelajuan 2,735 kilometer sejam dan menerangi langit malam dalam kejadian yang jarang berlaku, lapor portal berita The Sun semalam.

Orang ramai di Sepanyol dan beberapa kawasan di Portugal dapat melihat pergerakan komet itu dengan jelas.

Beberapa saksi berkata, mereka terperanjat melihat bebola api besar bergerak laju dan mengubah langit gelap gelita menjadi terang.

Sekali seumur hidup, kejadian 'meteor biru' menerangi langit mengemparkan penduduk Sepanyol, Portugal

Rakaman luar biasa itu dirakam menggunakan kamera pemuka sebuah kereta di Portugal. Ia menunjukkan objek berbentuk bola api berwarna biru mempesonakan dengan ekor panjang jatuh dari langit.

Dalam masa beberapa saat sahaja, objek menyala tersebut meletup dan seluruh langit bertukar menjadi warna biru.

Rakaman berbeza Agensi Angkasa Eropah (ESA) menunjukkan objek tersebut menerangi langit di bandar Caceres, barat Sepanyol menjadi rona biru dan hijau.

@saysseismik Sekali dalam seumur hidup, kejadian ‘meteor biru’ menggemparkan terutamanya penduduk di Portugal dan Sepanyol semalam. Menurut European Space Agency (ESA), ianya merupakan cebisan kecil komet dan bukannya meteor. Komet tersebut dilaporkan terbakar dan berakhir di lautan atlantik. #beritaditiktok #newsattiktok ♬ original sound – saysseismik

ESA dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa cahaya biru yang melintasi langit adalah ‘komet yang menakjubkan’. Ia bergerak pada kelajuan sekitar 2,735 kilometer sejam.

Agensi itu kemudian mendedahkan objek tersebut adalah “kepingan kecil komet” dan bukannya meteor.

“Kemungkinan sebarang meteorit ditemui adalah sangat rendah,” tambahnya.

Komet itu dikatakan terbakar di atas lautan Atlantik selepas melintasi langit di Sepanyol dan Portugal.

Baca Juga:
Lelaki cuba serang anggota polis Balai Dato Keramat ditahan
Cikgu terkejut anak murid selamba hadiah rotan pada Hari Guru
3 mat motor ragut rantai emas peniaga air kelapa di Bukit Mertajam
CATEGORIES