Sejadah masih lagi kering, tidak terusik walaupun rumah tenggelam banjir paras pinggang

Sejadah masih lagi kering, tidak terusik walaupun rumah tenggelam banjir paras pinggang

Sejadah masih lagi kering, tidak terusik walaupun rumah tenggelam banjir paras pinggang. Kejadian dilapor berlaku di sebuah kawasan perumahan teres dua tingkat di Taman Aman dekat Kota Tinggi, Johor.

Menurut laporan, penghuni rumah sewa tersebut memaklumkan dirinya telah diberitahu jiran yang air banjir kini mencecah paras pinggang kira-kira jam 3.30 pagi. Banjir kemudian surut kira-kira jam 4 petang dan membolehkan mereka untuk masuk ke dalam rumah bagi melihat keadaan semasa.

Penghuni rumah yang dikenali sebagai Hidayah kemudian berkata, pintu sliding rumah pecah menyebabkan barang-barang dalam rumah berselerakan. Malah keadaan rumah ketika itu juga penuh dengan lecak. Namun alangkah terkejutnya beliau apabila ruang solat dan Al-Quran masih berada dalam keadaan elok, meskipun banjir ketika itu berada paras hidung.

Sejadah masih lagi kering, tidak terusik walaupun rumah tenggelam banjir paras pinggang

“Masa masuk rumah tu, keadaan memang berlecak penuh lumpur. Tiba-tiba suami panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah dan sejadah kering tanpa sedikit pun terkena air banjir mahupun kesan lumpur.

“Bukan setakat sejadah, alas untuk letak sejadah juga tidak basah dan tiada lumpur. Saya tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis,” kata Hidayah.

Baca Lagi:
Kasih sayang bapa saudara sanggup dukung anak saudara ke pelamin meruntun hati ramai
Wanita gantung 30 helai seluar dalam pada kabel elektrik, protes projek perumahan
Pakar Belanda ramal dunia mungkin dilanda satu lagi gempa bumi lebih 8.0 skala Richter
CATEGORIES