Scammer tersilap masukkan Fahmi dalam group WhatsApp scam, akhirnya ini yang terjadi

Photo of author

By Syima Iza

Scammer tersilap masukkan Fahmi dalam group WhatsApp scam, akhirnya ini yang terjadi. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa nombor telefon peribadinya telah dimasukkan ke dalam sebuah grup WhatsApp dipercayai didalangi oleh scammer.

Beliau bagaimanapun dikeluarkan daripada grup berkenaan selepas memaklumkan telah menyalurkan maklumat berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp scam.
“Bila saya kata dah alert PDRM & SKMM, saya kena kick,” ciapnya di Twitter pada Ahad.

Scammer tersilap masukkan Fahmi dalam group WhatsApp scam, akhirnya ini yang terjadi

Dalam pada itu, Fahmi turut mengingatkan orang ramai yang menjadi mangsa scam agar segera menghubungi talian Pusat Respon Scam Kebangsaan ditalian 997.

“Jika anda mangsa scam, sila segera call 997,” katanya.

Baca Lagi:
Adun Kota kemalangan
Pemain bola sepak kelab Palestin mati ditembak tentera Israel
Nad Zainal kongsi keadaan terkini di sesi ’live’ TikTok buat pertama kali selepas sebulan di hospital