Scammer jual ketam bunga di Pantai PD

Photo of author

By Syima Iza

Scammer jual ketam bunga di Pantai PD.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas ditipu membeli ketam bunga yang didakwa segar ketika berkelah di Port Dickson.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @izzyghazali, dia berkongsi pengalaman membeli ketam bunga daripada seorang lelaki yang mendakwa menjualnya secara segar.

Scammer jual ketam bunga di Pantai PD

“Seronok berkelah di tepi pantai, tiba-tiba ada seorang abang datang bertanya kalau kami nak beli ketam bunga. Dia ambil pesanan dulu, RM35 sekilogram (kg).

“Kami tak fikir panjang dan terus membeli. Tapi rupa-rupanya kami kena scam. Hanya dapat 560 gram sahaja untuk saya, manakala beg lain rasanya sama saja. Kami beli lima beg, sepatutnya lima kg!” katanya.

Wanita itu juga mendapati ketam yang diberikan bersaiz kecil, dengan sebahagian daripadanya dalam keadaan kaki yang putus dan berbau busuk.

“Bukan rezeki kami, tapi biar ini jadi pengajaran untuk orang lain.

@izzyghazali ALERT!! Video hanya untuk create awareness pengunjung pantai pd, agar lebih berhati2 .. tu saja! #portdickson #ketam #ketambunga #ketambungafresh #penjualketam #fyp #foryoupage #telukkemang #pantai ♬ original sound – Amin Shamsul

“Tolong berhati-hati semua. Modus operandi mereka ialah meminta bayaran secara tunai sahaja, dan sasaran mereka ialah keluarga besar yang berkelah di tepi pantai,” tambahnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman yang sama menjadi mangsa penipuan ketam ‘segar’ tersebut.

“Ingatkan saya saja yang terkena. Sama-samalah kita beringat selepas ini,” tulis Mimi.

“Modus operandi dia, jual cepat-cepat. Kita pula fikir di kawasan laut mesti banyak makanan laut segar. Dia bungkus siap-siap dalam ais supaya kita tak boleh periksa. Yang atas dia letak seekor dua yang elok,” kongsi FS.

“Saya pun pernah terkena. Dia kumpul order di kawasan Teluk Kemang. Tapi dah lama, tahun lepas. RM35 dapat tujuh ekor besar sikit dari ‘baby crab’. Geram dengan diri sendiri sebab tak periksa dulu,” kata Fazreen.

Baca Juga:
Kampung Umoja hanya dihuni kaum wanita, lelaki diharamkan sama sekali
Patut laku keras, peniaga ini tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa
Banjir Kelantan : Lelaki maut di depan anak akibat terkena renjatan elektrik