“Saya tidak takut, bapa saya polis” – Remaja selamba duduk atas bumbung kenderaan bergerak dikecam netizen

Photo of author

By Syima Iza

“Saya tidak takut, bapa saya polis” – Remaja selamba duduk atas bumbung kenderaan bergerak dikecam netizen.

Perbuatan seorang remaja lelaki di negeri Haryana yang dengan selamba duduk di atas bumbung sebuah kenderaan yang sedang bergerak mendapat kecaman pengguna media sosial, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram menunjukkan remaja berbaju putih itu duduk di atas bumbung kereta jenama Mahindra.

"Saya tidak takut, bapa saya polis" - Remaja selamba duduk atas bumbung kenderaan bergerak dikecam netizen

Lebih mengejutkan, dia melakukan aksi berbahaya tersebut ketika kenderaan itu bergerak di sebuah lebuh raya.

“Saya tidak takut kerana bapa saya seorang polis. Dia akan melindungi saya,” demikian menurut keterangan dalam video itu.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 4.3 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan netizen.

“Perbuatan ini sangat bahaya! Bukan sahaja kepada anda tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain!” marah seorang netizen.

“Manusia seperti ini seharusnya ditahan! Lebih-lebih lagi apabila bapanya seorang pegawai polis!” marah netizen yang lain.

Baca Lagi:
Port healing baru nampak menarik, orang kampung pun tak berani nak dekat, netizen kata tempat tu bahaya
Isteri pilih jadi ‘childfree’ selepas tak yakin jawapan suami yang kuat main game ML
Ramai yang tak tahu, ini senarai 7 negara paling kecil di dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja