‘Saya tak takut kena tangkap’ – Samseng Nepal cabar penguatkuasa, tak takut undang-undang

‘Saya tak takut kena tangkap’ – Samseng Nepal cabar penguatkuasa, tak takut undang-undang

‘Saya tak takut kena tangkap’ – Samseng Nepal cabar penguatkuasa, tak takut undang-undang. : “Saya tak takut kena tangkap. Sudah tiga kali kena tangkap. Dua hari tauke sudah angkat keluar (bantu bebaskan).”

Itu lagak berani salah seorang daripada lapan warga Nepal kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang mengikuti operasi bersepadu di dua lokasi di Semabok, di sini, bermula 12 tengah malam hingga 2 pagi tadi.

Mohd Noor Helmy berkata, ungkapan dalam nada berlagak dilontarkan warga asing terbabit turut disaksikan oleh beberapa penduduk.

'Saya tak takut kena tangkap' - Samseng Nepal cabar penguatkuasa, tak takut undang-undang

Menurutnya beliau tidak terkesan dengan tindakan ‘kurang ajar’ warga asing itu sebaliknya meminta laporan penuh hasil tangkapan warga asing termasuk tindakan yang akan diambil.

Tauke ko punya kabel besar, ko punya hal. Tapi jangan kurang ajar,” katanya yang turut berkongsi perkara itu di Facebook rasminya selepas operasi gerak gempur etnik Rohingya di Jalan Pulau Senang 3 dan Jalan Bunga Raya 4, Semabok, di sini.

Terdahulu, beliau menyertai operasi itu bersama lima agensi termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pada sidang medianya Mohd Noor Helmy berkata, menerusi operasi itu, JIM menahan lapan warga Nepal atas kesalahan Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), kerana tinggal lebih masa selepas pas atau permit tamat tempoh serta memasuki Malaysia tanpa pas yang sah.

“Keseluruhannya 11 warga asing ditahan berusia tiga tahun hingga 40 tahun termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak warga Indonesia kerana kesalahan sama.
“Bagi etnik Rohingya pula, seramai 27 individu diperiksa termasuk kanak-kanak. Kesemua mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah.
Baca Lagi:
‘Perarakan replika bersenjata’ – Ini penjelasan Menteri Agama
Kerajaan setuju anak lahir di luar negara dapat status warganegara
Ketua Pemuda Pas ‘pelik’ lihat aksi pemuda Pas Terengganu berarak bawa replika senjata
CATEGORIES