““Saya tak tahu level kebodohan apa dah ni” – Youtuber jemput ‘Hot Daddy’ dalam Podcast kena kecam

Photo of author

By Syima Iza

““Saya tak tahu level kebodohan apa dah ni” – Youtuber jemput ‘Hot Daddy’ dalam Podcast kena kecam.

Cakna dengan perkara itu, saluran YouTube BrosGang TV terbabit menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya telah memberi penjelasan berhubung penularan gambar podcast terbabit.

Kebelakangan ini, makin ramai influencer di Malaysia yang sudah mula menceburi bidang podcast seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

"“Saya tak tahu level kebodohan apa dah ni" - Youtuber jemput 'Hot Daddy' Dalam Podcast kena kecam

Lambakan podcaster ini menyebabkan semakin banyak topik ‘pelik’ dan tetamu dari pelbagai bidang dijemput bagi memeriahkan program mereka.

Jika dahulu, penyanyi As’ad Motawh pernah dikecam teruk oleh orang ramai selepas dia memberikan pandangan bahawa sekolah hanya membuang masa dan sistemnya perlu diubah.

Kini, giliran saluran YouTube BrosGang TV (BGTV) pula menerima kecaman ramai selepas tular gambar podcast mereka dengan seorang lelaki digelar gigolo yang didakwa melakukan aktiviti persundalan, ‘Daddy Ash’ atau ‘Hot Daddy’.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di akaun X @kyrahalya, pemilik akaun terbabit yang juga seorang wanita mendakwa bahawa tindakan menjemput Hot Daddy ke podcast berkenaan boleh menyebabkan berlakunya galakan terhadap aktiviti tidak bermoral.

“Saya tak tahu level kebodohan apa dah ni. Serius lah jemput Hot Daddy ni? Punya ramai contoh yang better, yang menggalakkan zina juga dia nak jemput,” ciapnya.

Ciapan wanita berkenaan turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain, di mana rata-rata juga mengecam tindakan BGTV yang menjemput Hot Daddy.

Lebih mengejutkan, terdapat seorang pengguna X yang berkongsi tangkap layar komen di ruangan TikTok Hot Daddy terbabit yang kebanyakannya menyatakan sokongan mereka terhadap gigolo terbabit selain mendoakan dia agar terus kuat menghadapi apa yang berlaku.

BGTV tampil beri penjelasan, dakwa tak sokong aktiviti tidak bermoral

Cakna dengan perkara itu, BGTV menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya telah memberi penjelasan berhubung penularan gambar podcast terbabit.

Menurut BGTV, mereka tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral, malah menentang dan mencegah perbuatan sebegitu.

“Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu.

“BGTV adalah satu platform realiti showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan. Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati,”

Hot Daddy didakwa buat pengiklanan khidmat persundalan di media sosial
Terdahulu, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, telah didakwa di mahkamah pada 26 Januari lalu atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam media sosial.

Dia dituduh membuat pengiklanan tersebut bersama dua teman wanitanya iaitu Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24.

Kesemua mereka bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Hakim Siti Aminah kemudiannya membenarkan kesemua mereka diikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 12 dan 26 Mac hadapan.

Berikut komen yang diberikan netizen di laman X:

"“Saya tak tahu level kebodohan apa dah ni" - Youtuber jemput 'Hot Daddy' Dalam Podcast kena kecam

2

Baca Juga:

Kecoh 1 Malaysia Bos Mario hilang, rupanya sembunyi di rumah kosong

Perkahwinan tidak sah: Bekas PM Pakistan, isteri dipenjara tujuh tahun

Selepas ‘Hot Daddy’ ditangkap, ramai pensohor video seks di laman sosial kecut perut