‘Saya okay kalau kena botakkan kepala’- Elisya Sandha.
Pelakon jelita, Elisya Sandha, mendedahkan sanggup membotakkan kepala jika perlu demi tuntutan kerja walaupun keputusannya itu akan memberi kesan kepada tawaran akan datang.
Memetik laporan Berita Harian, sebelum ini Elisya ada memotong rambut pendek untuk sebuah watak, jadi tiada masalah untuknya membotakkan kepala jika perlu.
Menurut Elisya, walaupun tindakan tersebut boleh memberi kesan kepada tawaran lakonan akan datang, namun perkara itu masih boleh ditangani dengan memakai rambut palsu dan sebagainya.
Baru-baru ini, saya ada memotong rambut pendek untuk watak Natalia dalam drama Aku Hanim.
Karakter sebegitu saya sudah buat dan lagi satu karakter saya nak cuba buat wanita yang duduk dalam penjara. Untuk watak ini, saya nak botakkan kepala.
Tapi, kami masih dalam perbincangan untuk menjayakan watak ini dan belum muktamad, tapi kalau dapat buat, Alhamdulillah.
Saya okay kalau kena botakkan kepala. Saya tahu tindakan saya akan beri kesan pada tawaran seterusnya, tapi saya boleh cari cara, misalnya pakai rambut palsu dan sebagainya. Kena pandailah.
Dalam pada itu, Elisya turut bersyukur kerana dikurniakan suami, Uzair Haqimy dan ibu mentua, Shiela Rusly yang memahami akan kerjayanya.
Itu sebab untungnya ibu mentua dalam industri seni, dia faham. Ketika potong gaya ‘side cut’, dia tak tanya kenapa saya buat begitu, malah memahami saya lakukan untuk karakter.
Sebab untuk ke tahap seterusnya, saya kena berani. Misalnya potong rambut dan botakkan kepala dan sebagainya. Sebab itulah saya belajar dari kakak, Fasha Sandha dan ibu mentua.
Suami juga adalah orang yang paling okay sebab pengarah dan faham.
Pelakon berusia 24 tahun itu mendedahkan sudah mempunyai banyak perancangan untuk tahun hadapan, malah Elisya juga sudah bersedia untuk menimang seorang lagi cahaya mata.
Tambahnya lagi, dia sudah biasa dengan rutin sebagai ibu jadi baginya tiada masalah untuk mempunyai seorang lagi cahaya mata.
Saya ada banyak perancangan untuk 2024. Antaranya, saya mahu seorang lagi anak. Tapi kalau rezeki belum lagi, saya akan fokus pada karier sebab masih membina nama dalam industri ini.
Sebenarnya, saya sudah biasa dengan rutin sebagai ibu. Bunga mengajar saya sebagai wanita bekerjaya yang pandai menyeimbangkan semuanya. Jadi, bila sudah biasa, untuk ada seorang lagi cahaya mata, insya-Allah tiada masalah.