‘Saya minta bakal mentua belikan cincin emas harga RM800 bukannya RM20,000’

Photo of author

By Syima Iza

Mohd. Azlan Ishak yang tular membawa bayi menghidap paru-paru kronik menaiki motosikal baru-baru ini menafikan dakwaan pasangannya, Norhidayu Halim, 35 membeli barangan kemas berharga RM20,000.

“Saya cuma bagi duit dan minta bakal mentua belikan cincin emas untuk Norhidayu bagi urusan pernikahan kami. Harga cincin itu cuma RM800 tak sampai ribu-ribu sebab kami sedar kami tak layak nak pakai emas yang mahal,” jelasnya.

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia menerima sumbangan RM200,000, Mohd Azlan berkata dia belum menyemak akaun bank tersebut.

'Saya minta bakal mentua belikan cincin emas harga RM800 bukannya RM20,000'

“Saya pun tak periksa lagi akaun bank, buat apa nak periksa kerana duit sumbangan orang ramai masih ada pada tangan jadi gunakan yang itu dulu.

Baca Juga:
Semua dia sapu, ini baru betul layak digelar ‘influencer’ nombor satu di Malaysia
Faisal sudah keluar hospital, dibenarkan pulang ke rumah selepas 3 minggu
Isi perut terkeluar, lelaki cedera parah tertusuk besi jambatan lama