“Saya diminta letak jawatan dalam tempoh tiga hari sebelum masa depan hancur” – Zed Zaidi

“Saya diminta letak jawatan dalam tempoh tiga hari sebelum masa depan hancur” – Zed Zaidi

“Saya diminta letak jawatan dalam tempoh tiga hari sebelum masa depan hancur” – Zed Zaidi.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tidak akan bertolak ansur dengan satu ugutan yang disifatkan mengancam keselamatan diri dan keluarganya.

Dalam usaha menjejaki dalang bertanggungjawab atas perbuatan berunsur jenayah tersebut, Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara sebagai langkah awal sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

“Saya diminta letak jawatan dalam tempoh tiga hari sebelum masa depan hancur" - Zed Zaidi

“Semalam, tiba-tiba jiran saya yang juga bendahari persatuan penduduk di sini beritahu ada pihak fitnah kami dan menghantar memo ugutan pada papan notis dalam lif.
“Saya diminta letak jawatan dalam tempoh tiga hari sebelum masa depan hancur. Jadi, individu itu pun mesti penghuni dalam bangunan kami juga,” katanya.

Katanya, laporan polis dibuat kerana membabitkan keselamatan keluarga dan menganggap ugutan tersebut sebagai satu kes jenayah.

“Saya dah buat laporan polis kelmarin dan mereka sudah memeriksa kamera litar tertutup yang memaparkan suspek tersebut dan akan ditangkap.

“Hal ini satu bentuk ancaman, membabitkan saya dan keluarga. Perkara sebegini memang saya tidak akan bertolak ansur,” jelasnya.

Ujarnya yang juga pelakon berkata ugutan tersebut mungkin tercetus apabila ada pihak tidak berpuas hati selepas dia menyertai barisan AJK persatuan penduduk kawasan perumahannya sejak pertengahan tahun lalu.

@rozaidijamil Semalam aku terima surat ugutan dia selit dalam lif rumah letak muka aku dan ancam aku dan keluarga! Aku rasa pihak berwajib tolong la tangkap si penakut ni!!! #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit🇲🇾 #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryou #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia #senimanmalaysia #seniman #gafema #polis #pdrm #polismalaysia🇲🇾 ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Dia juga yakin ugutan itu berlaku kerana ada pihak enggan kesalahan yang mereka lakukan sebelum ini terbongkar dengan pemeriksaan kepimpinan baharunya.

“Saya adalah AJK baharu kemudian dapat tahu sudah lima tahun audit pengurusan tidak dibuat. Kami terpaksalah buat siasatan lanjut.

“Kepimpinan terdahulu Meletak jawatan beramai-ramai.

“Kakitangan yang sudah bekerja selama 12 tahun di pejabat pengurusan itu juga sudah berhenti. Mungkin disebabkan ada isu pecah amanah dan lain-lain,” katanya lagi.

Semalam, Zed dalam akaun TikToknya memberitahu menerima ugutan dalam lif bangunan kondominiumnya.

Dia juga memberi amaran kepada individu terbabit untuk berdepan dengannya berbanding meninggalkan ugutan sebegitu.

Baca Juga:
Pengantin menitis air mata bersanding sendirian, suami larikan diri kerana terlalu ‘pemalu’
Perkahwinan mewah anak saudagar emas RM140 juta, pengantin perempuan pakai 100 utas gelang emas
Diseksa tidur dalam tandas oleh ustaz madrasah tahfiz
CATEGORIES