“Saya di sini” – Rider kongsi pengalaman seram dapat pesanan makanan dari kubur

Photo of author

By Syima Iza

“Saya di sini” – Rider kongsi pengalaman seram dapat pesanan makanan dari kubur.

Seorang penghantar makanan di Kluang, Johor berdepan pengalaman seram apabila mendapati pesanan yang perlu dihantar beralamatkan sebuah tanah perkuburan.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh @laicibp yang berkapsyen “Yang order ni tengah gali kubur ke? Atau dalam kubur?”, lelaki tersebut menunjukkan paparan aplikasi Waze yang memaparkan lokasi penghantaran.

"Saya di sini" - Rider kongsi pengalaman seram dapat pesanan makanan dari kubur

Namun, ketika kamera dihalakan ke kiri, kelihatan jelas sebuah kawasan tanah perkuburan, menambah lagi keanehan situasi itu.

“Saya cuba hubungi pemesan, tapi panggilan tak dijawab. Yang buat saya meremang, nama pemesan dekat aplikasi tu ‘Saya di sini’,” katanya membalas komen.

Hantaran ini telah membuat pengguna media sosial lain turut sama meluahkan rasa seram dan mengusik lelaki tersebut di ruangan komen.

“Pernah kena benda sama. Akhirnya saya letak je di tepi kubur, ambil gambar terus lari,” kata Yus yang berkongsi pengalamannya.

“Awak tak bagi salam. Macam mana dia nak keluar dari tanah, ambil order dia,” tulis Ehsby dalam nada mengusik.

“Aku ingat aku seorang je kena macam ni, dekat tempat sama. Dah lah kubur Parit Karjo tu keras,” komen Adib yang pernah menjadi mangsa kejadian serupa.

@laicibp Yg order ni tgh gali kubur ke?? Atau dlm kubur?? Lahanat sape yg order ni… #grabfood #prankorder #grabmalaysia #grabfoodrider #batupahatproblem⚡️ #abamgrab #grabridermalaysia #grabproblem ♬ original sound – ZiziBP

Baca Lagi:
Lamborghini Diablo bernilai RM1.4 juta rosak teruk selepas jatuh dari lori pengangkut
Wanita bersalin dalam kereta dedah sijil kelahiran anak selepas ditanya netizen
Kampung Umoja hanya dihuni kaum wanita, lelaki diharamkan sama sekali