‘Saya dah kaya’ – Pelakon Thailand tolak duit raya dari peminat

Photo of author

By Syima Iza

Siapa yang tidak teruja melihat artis pujaan di hadapan mereka? Pastinya para peminat ingin meraih peluang untuk memberi hadiah atau cendera mata sebagai kenangan teristimewa kepada artis luar negara.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik video yang memperlihatkan dia berjaya menemui seorang pelakon dari Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. “Joong, saya nak beri wang kepada awak sebagai duit raya,” katanya kepada pelakon lelaki itu.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah reaksi pelakon lelaki tersebut yang menolak pemberian duit raya daripada seorang peminat tempatan.

‘Saya dah kaya’ – Pelakon Thailand tolak duit raya dari peminat

“Saya sudah kaya,” komen ringkas oleh artis Thailand itu sambil melambai kepada peminat tempatan yang berusaha memberi duit raya kepadanya.

Video berdurasi pendek itu telah menarik perhatian netizen yang mana kebanyakan daripadanya terhibur melihat respons santai yang ditunjukkan oleh artis tersebut.

@horangyeon nak bagi duit raya dekat joong tapi dia kata dah kaya 💰💲💳#joongarchen #YSLxJOONGinMY #จุงอาเชน #chen_rcj #joonginkl #joonginmalaysia #saintlaurentxjoong #joongdunk #gmmtv #thailand ♬ เสียงต้นฉบับ the comedian c17 – ครูศรีหนุ่ม

‘Saya dah kaya’ – Pelakon Thailand tolak duit raya dari peminat

Baca Juga:
Penantian selama 16 tahun berbaloi, peniaga murtabak simpan poster gelombang reformasi 1999 untuk jumpa PM
Masjid Negara tampil mohon maaf selepas tular pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung, jubah
Suami isteri maut nahas dua kenderaan di jalan Gerik- Jeli