“Saya boleh muat dalam kereta ini” – Penyanyi rap mahu saman pemandu E-Hailing kerana halang naik kereta

Photo of author

By Syima Iza

“Saya boleh muat dalam kereta ini” – Penyanyi rap mahu saman pemandu E-Hailing kerana halang naik kereta.

Seorang penyanyi rap telah menyaman syarikat e-hailing, Lyft, selepas salah seorang pemandunya didakwa tidak membenarkan dia menaiki kenderaan disebabkan saiz badan yang terlalu besar, lapor akhbar New York Post semalam.

Dank Demoss yang mempunyai berat badan hampir 221 kilogram berkata, kejadian itu berlaku di Detroit, Michigan apabila pemandu tersebut mengunci pintu kereta Mercedes-Benz sedannya.

“Saya boleh muat dalam kereta ini" - Penyanyi rap mahu saman pemandu E-Hailing kerana halang naik kereta

“Saya boleh muat dalam kereta ini,” kata penyanyi tersebut dalam satu rakaman video.
“Percayalah, anda tidak boleh (muat),” balas pemandu itu sambil menambah bahawa tayar keretanya tidak akan dapat menampung berat badan penyanyi tersebut.

Pemandu itu bagaimanapun telah memohon maaf kepada Demoss, yang turut menggunakan nama Dajua Blanding.

Namun, dia mempertahankan tindakannya membatalkan tempahan Demoss dan memberitahu bahawa penyanyi tersebut perlu memesan kenderaan yang lebih besar.

Sementara itu, Lyft enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut kerana ia kini sudah menjadi kes mahkamah.

Baca Lagi:
Lelaki bakar al-Quran mati ditembak ketika ‘Live’ di TikTok
Lelaki ini jelaskan kenapa minyak masak paket jauh lebih murah daripada minyak masak botol
Ini 7 negara yang telah ‘Lenyap’ dari peta dunia